Ulang Tahun Seniman Agung P Ramlee, Mari Imbas 5 Filem Terbaik Karya Beliau );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Review

Ulang Tahun Seniman Agung P Ramlee, Mari Imbas 5 Filem Terbaik Karya Arwah

Share

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan karyawan agung Tan Sri Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh atau nama pentasnya P Ramlee yang sememangnya merupakan seorang penghibur tanah air yang yang sangat terkenal. 

22 Mac merupakan tarikh kelahiran beliau dan menerusi akaun twitter @sharifahamani, dia mengungkapkan ucapan hari jadi kepada rawah dan berterima kasih atas segala karya dan hasil seni yang telah dicipta olehnya. 

Jadi mari kita imbas kembali lima filem atau karya agung yang pernah menghiburkan serta mengajarkan kita erti seni dan pengajaran kepada kita selama ini. 

1. Pendekar Bujang Lapok (1959)

Agung
Sumber: IMDb

Filem ini sememangnya menjadi bualan orang kita disebabkan ia menceritakan mengenai tiga pelakon terkenal iaitu P Ramlee, Aziz Satar dan S Shamsuddin yang ingin mempelajari ilmu silat sambil mencuba memikat anak gadis guru mereka, Rosmah. Filem ini juga banyak menghasilkan lagu malar segar yang sering menjadi siulan orang ramai hingga kini.  Ia penuh dengan adegan komedi serta pengajaran yang boleh kita ambil.

2. Nujum Pak Belalang (1959)

Siapa yang tidak kenal dengan filem ini yang dimana, Pak Belalang merupakan seorang bapa kepada Belalang yang agak pemalas untuk bekerja dan mencari rezeki. Dia pun kemudiannya berlakon menjadi seorang ahli nujum palsu untuk mencari wang setelah kejadian terserempak dengan dua orang pencuri kambing dan lembu di kampung mereka. 

3. Madu Tiga (1964)

Filem ini mengisahklan tentang Jamil yang berkahwin dengan tiga orang wanita tanpa pengetahuan sesama mereka. Namun rahsianya itu tidak kekal lama apabila ketiga-tiga isteri mereka itu berjumpa sesama sendiri di salun rambut dan segalanya terbongkar dan mereka berpakat sesama sendiri untuk membalas perbuatan si Jamil.

4. Anak-ku Sazali (1956)

5. Hang Tuah (1956)

Hang Tuah merupakan satu watak dalam cerita sejarah melayu di bumi Melaka dan sekali lagi P Ramlee berjaya membuktikan bahawa bakatnya memang bukan calang-calang. Filem ini berkisahkan tentang Hang Tuah dan rakan-rakannya yang menuntut ilmu di Gunung Ledang. Filem ini memang banyak konfliknya yang tersendiri dan membangkitkan unsur persahabatan dan kepercayaan sesama sendiri. 

Masih terdapat banyak lagi filem-filem agung P Ramlee yang perlu anda tonton dan tunjukkan kepada generasi kini betapa indah dan kuatnya ilmu serta karya seni arwah P Ramlee kepada masyarakat dahulu. 

Kami dari pihak Verts Portal juga turut mengucapkan selamat hari jadi kepada Seniman Agung P Ramlee dan berterima kasih atas segala karya beliau untuk kami. 

Baca juga: Kempen ‘Be Cool’, Epson Menyasarkan Amalan Perniagaan Lestari Teknologi Bebas Panas

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!