COVID-19: Vaksin AstraZeneca Dikatakan Berkesan 90 Peratus? );

Type to search

Adamedia Isu Best

COVID-19: Vaksin AstraZeneca Dikatakan Berkesan 90 Peratus?

Farhana Syahirah
Share

Analisis dari makmal ujikaji di United Kingdom (UK) dan Brazil, vaksin AstraZeneca yang diberi nama AZD1222, dikatakan hasil keberkesanannya sebanyak 90% dalam mencegah COVID-19.

Menurut dari data Lembaga Pemantauan Keselamatan, analisis tersebut memenuhi titik akhir yang menunjukkan perlindungan daripada COVID-19 setelah menerima dua dos vaksin tersebut.

Ketua Penyiasat Percubaan Vaksin di Universiti Oxford, Profesor Andrew Pollard berkata, penemuan ini menunjukkan bahawa vaksin AZD1222 ini berkesan untuk selamatkan banyak nyawa.

“Menariknya, kami mendapati bahawa vaksin kami berkesan sebanyak 90% dan jika rejim dos ini digunakan, lebih banyak orang akan divaksinasi dengan persediaan yang dirancang.

“Berkat ramai sukarelawan dalam percubaan kami dan juga pasukan penyelidik yang bekerja keras dalam menjayakan vaksin AstraZenaca ini,” katanya dalam kenyataan media yang dihantar kepada Verst, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pascal Soriot juga berkata, vaksin ini menandakan tonggak penting dalam perjuangan semua pihak dalam melawan pandemik ini.

“Keberkesanan dan keselamatan vaksin AstraZenaca ini mengesahkan ia sangat berkesan kepada COVID-19 dan akan memberi kesan secara langsung ketika keadaan kecemasan dalam kesihatan awam.

“Rantai bekalan sederhana vaksin dan ikrar serta komitmen tanpa untung dari kami untuk akses yang meluas, saksama dan tepat pada masanya bermaksud ia akan terjangkau dan tersedia di seluruh duniadengan membekalkan berjuta dos vaksin dengan persetujuan,” kata Pascal.

 

 

Ujian klinikal juga dijalankan di Amerika Syarikat, Jepun, Rusia, Afrika Selatan, Kenya dan Amerika Latin dengan percubaan terancang di negara-negara Eropah dan Asia yang lain.

Secara keseluruhannya, Syarikat AstraZeneca ini menjangkakan untuk mendaftar sehingga 60,000 peserta di seluruh dunia.

Syarikat ini juga membuat kemajuan pesat dalam pembuatan dengan kapasiti hingga 3 bilion vaksin pada tahun 2021 secara berterusan, sementara menunggu persetujuan peraturan.

Vaksin boleh disimpan, diangkut dan dikendalikan pada keadaan sejuk yang normal (2-8 darjah Celsius) sekurang-kurangnya enam bulan dan diberikan dalam penjagaan kesihatan yang ditetapkan.

Untuk pengetahuan umum, AstraZeneca adalah syarikat biofarmaseutikal antarabangsa yang diketuai oleh saintis yang menumpukan pada penemuan, pengembangan dan pengkomersialan ubat-ubatan preskripsi, terutamanya untuk rawatan penyakit di tiga bidang terapi – Onkologi, Kardiovaskular, Renal & Metabolisme, dan Pernafasan & Imunologi.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=B5JcSOTwoTM[/embedyt]

 

[Sumber: Kenyataan Media AstraZenaca]

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!