Vaksin Covid-19 Akan Tiba Di Malaysia Tahun 2021 );

Type to search

Adamedia Isu Best Lifestyle

Vaksin Covid-19 Akan Tiba Di Malaysia Tahun 2021

Avatar
Share

Malaysia bakal mendapat bekalan awal vaksin sebanyak 12.8 juta dos daripada syarikat farmaseutikal Pfizer pada tahun hadapan.

Vaksin tersebut akan bertindak menampung keperluan imunisasi masyarakat Malaysia terhadap wabak Covid-19.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa penyerahan vaksin tersebut adalah melalui sebuah perjanjian bersama dengan syarikat tersebut pada 24 November yang lalu.

Negara kita akan menerima sebanyak 1 juta dos bagi suku pertama 2021, 1.7 juta dos suku tahun kedua, 5.8 juta dos suku tahun ketiga dan 4.3 juta dos untuk suhu tahun keempat.

Perjanjian dibuat bagi memastikan keselamatan dan kualiti vaksin tersebut selamat bagi rakayat Malaysia.

Syarikat Pfizer terlebih dahulu perlu mendapatkan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syraikat (FDA) dan kelulusan regulatori dari negara pengeluar dan kelulusan daripada Bahagian Regulatori farmasi Negara (NPRA) KKM sebelum dibenarkan guna ke atas rakyat Malaysia.

Proses bagi pemberian vaksin tersebut akan dilakukan secara berperingkat dimana akan didahulukan mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

Sumber: Harian Metro

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!