1,000 Dos Vaksin Terpaksa Dilupuskan Akibat Pekerja Tutup Suis Peti Penyimpanan Untuk Cas Telefon

Type to search

Adamedia Isu Best

1,000 Dos Vaksin Terpaksa Dilupuskan Akibat Pekerja Tutup Suis Peti Penyimpanan Untuk Cas Telefon

Share
mega vaksin

Kyrgyzstan terpaksa membuang hampir 1,000 dos vaksin Covid-19 jenis Sputnik V setelah plak peti sejuk di sebuah klinik dicabut untuk mengecas telefon bimbit, menurut pihak berkuasa.

Kesemua vaksin yang rosak itu adalah sebahagian daripada 20,000 dos vaksin Sputnik V yang disumbangkan oleh Rusia kepada Kyrgyzstan, lapor Khaleej Times.

Kyrgyzstan telah memulakan program vaksinasi besar-besaran pada bulan Mac lalu menggunakan vaksin Sinopharm yang disumbangkan oleh China tetapi tinjauan dalam talian dan barisan orang ramai yang beratur di klinik menunjukkan bahawa permintaan untuk vaksin Rusia itu jauh lebih tinggi.

Kementerian kesihatan telah menerima kecaman akibat insiden tersebut, yang baru dilaporkan oleh pihak berkuasa minggu ini tetapi kejadian itu berlaku di sebuah klinik di ibu kota Bishkek pada bulan April.

Seorang pegawai di Pusat Kebersihan dan Servis Epidemiologi Negara, Burul Asylbekova, berkata kesemua dos berkenaan terpaksa dilupuskan setelah terdapat individu yang mencabut plak peti sejuk yang berisi vaksin untuk mengecas telefon.

Menteri Kesihatan, Alimkadyr Beishenaliyev mengatakan bahawa terdapat kemungkinan bahawa petugas pembersihan yang bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Kyrgyzstan telah mencatat sejumlah 101,878 kes dan 1,735 kematian sejak wabak Covid-19 melanda, tetapi pihak berkuasa mengakui bahawa jumlah rasmi tidak menggambarkan jumlah keseluruhan.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, lebih daripada 50,000 warganegara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 di negara yang mempunyai 6.5 juta penduduk itu.

Sumber: Khaleej Times

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!