Covid-19: Vaksin Telah Diuji Dan Diyakini Sebelum Masuk Ke Malaysia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Covid-19: Vaksin Telah Diuji Dan Diyakini Sebelum Masuk Ke Malaysia

Avatar
Share

Berikutan terdapat kes dan berita mengenai vaksin Covid-19 yang menjadi bualan ramai, kementerian telah mengesahkan bahawa vaksin yang akan tiba di Malaysia tidak lama lagi telah pun diuji dan diyakini keberkesanan serta keselamatannya.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa mereka memberi keyakinan vaksin tersebut selamat untuk diberi kepada rakyat Malaysia kerana ianya sudah pun diuji di pelbagai negara.

man using microscope

Hal ini kerana Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang menerima vaksin tersebut, sebaliknya beberapa negara sudah pun mencuba dan menerima vaksin tersebut.

Keputusan daripada penerimaan vaksin tersebut membuahkan hasil yang positif kepada penerima dan segala khabar angin yang diceritakan adalah sekadar berita palsu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat mementingkan keselamatan rakyatnya sebelum mereka menerima vaksin tersebut.

white and gold plastic bottle

Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga telah memberi kenyataan di mana penerimaan dan penggunaan vaksin adalah harus di sisi agama jadi tiada alasan lagi untuk rakyat berdalih.

Kementerian juga akan turut membantu bagi menerangkan lagi prosedur dan proses mengenai keselamatan serta penggunaan vaksin ini kepada rakyat agar tidak timbul masalah lain.

Pemberian vaksin adalah secara percuma dan anda tidak perlu mengeluarkan wang anda untuk membelinya dan ia akan diberi secara tiga fasa imunisasi yang akan dikendalikan oleh pihak KKM sendiri.

[Sumber: Berita Harian]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!