Pusat Vaksinasi COVID-19 'Drive-Thru' Untuk OKU Di Selangor );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Pusat Vaksinasi COVID-19 ‘Drive-Thru’ Untuk OKU Di Selangor

Share
OKU

Bila bercakap hal vaksin COVID-19 ni, ramai yang mahukan suntikan tersebut. Tengok sajalah insiden yang lepas ketika pendaftaran bagi sesi janji temu vaksin Astrazeneca secara atas talian. Sampai jem website.

Memandangkan sudah ada proses khas buat warga emas yang berumur 60 ke atas tapi bagaimana pula dengan komuniti yang tidak bernasib baik seperti orang kurang upaya (OKU)?

Sebenarnya, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuat rancangan buat mereka.

OKU

Vaksin drive-through untuk OKU & penjaga

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan pusat vaksinasi khas untuk OKU serta penjaga mereka yang akan mula beroperasi minggu hadapan di Ara Damansara.

Inisiatif pusat ini merupakan gabungan usaha organisasi bukan kerajaan OKU Sentral dan juga KKM, ditempatkan di ibu pejabat Sime Darby Plantations di Ara Damansara, Selangor.

Seorang pegawai KKM memberitahu portal berita bahawa pusat itu akan menawarkan vaksinasi kepada orang kurang upaya berusia 18 tahun ke atas yang tinggal di Lembah Klang, tidak kira sama ada mereka didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau tidak.

“Penjaga yang hadir bersama untuk membawa mereka ke pusat juga akan diberikan vaksin jika mereka mahu, dan ini hanya untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

OKU

“Program ini dijangka akan mula pada akhir minggu depan, harap mereka (OKU dan penjaga) tidak lepaskan kesempatan ini,” jelas pegawai KKM lagi.

Kenyataan rasmi berkenaan inisiatif ini akan diumumkan oleh Kementerian Teknologi Sains dan Maklumat (MOSTI) tidak lama lagi.

OKU
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!