Terkini, selepas kehadiran varian Delta dan Delta Plus, dilaporkan ada sebuah lagi varian baru yang dikenali sebagai Lambda, disahkan telah ditemui di Amerika Syarikat, Peru, dan Jepun baru-baru ini.
Kenyataan ini turut disahkan oleh Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook beliau yang maklumkan varian ini lebih mudah berjangkit serta lebih kuat dalam melawan imuniti individu yang sudah divaksin.
Baca: Malaysia Masih Selamat Dari Sebaran Varian Baru
Kes ini mulai dikesan di Jepun pada seorang wanita di lapangan terbang Haneda yang baru sahaja tiba pada Peru pada 20 Julai lepas.
Wanita berkenaan walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang gejala ketika itu.
Difahamkan, Peru muncul sebagai negara terawal yang hadir dengan varian Lambda pada Disember 2020 sebelum mulai tersebar ke Amerika Syarikat dan Jepun.
Menurut laporan dari Harian Metro, varian Lambda ini juga telah menular lebih dari 30 buah negara dalam tempoh 4 minggu.
Bagaimanapun, belum ada rekod penemuan dalam Malaysia tentang varian terbaru ini.