Meskipun kerajaan pernah mengisytiharkan fasa endemik sebagai gantian pandemik COVID-19 yang diharungi sepanjang dua tahun ini, keputusan itu nampaknya terpaksa ditarik balik.
Keputusan penangguhan seketika (pause) itu dicapai oleh Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 berikutan penularan varian baharu Omicron yang semakin mengganas.
Varian Omicron, merupakan varian terbaharu COVID-19 yang sedang menular di beberapa negara Afrika, dan maklumat awal mendapati ia mempunyai 32 jenis mutasi protein berbanding Delta (9 mutasi protein), yang membolehkan ianya mempunyai kebolehjangkitan lebih tinggi.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ianya selari dengan langkah yang diambil beberapa negara lain, sekali gus menunjukkan negara berada pada landasan yang tepat untuk mengawal virus berkenaan.
“Kita amat memahami bahawa Omicron sememangnya berisiko kerana ia boleh merebak dengan lebih mudah dan pantas namun ia masih boleh dikesan melalui ujian makmal sedia ada.
“Penting untuk saya maklumkan, buat masa ini, Mesyuarat Kuartet telah memutuskan untuk menangguhkan seketika usaha kita untuk beralih ke Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ sehingga kita mengetahui lebih lanjut tentang VOC Omicron,” katanya.
Berdasarkan pemerhatian, negara-negara lain juga dilihat turut melakukan perkara yang sama bagi memantau dan mencegah varian baharu ini.
Apa-apa pun, diharap varian baharu ini tidak mendatangkan kesan yang buruk pada dunia seperti mana yang pernah kita lalui dalam tempoh PKP sebelum ini.
Kalau keluar jangan lupa kekalkan penjarakan SOP dan yang paling penting pakai topeng pelitup muka ye gais!
[Sumber: awani]
Baca Juga: Masih Tiada Penyelesaian, Hartal Doktor Kontrak 2.0 Bakal Dilaksanakan Tidak Lama Lagi