Video Jalan Ampang ‘Dihantui’ Barisan Lembaga Berpakaian Serba Putih Tular - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Video Jalan Ampang ‘Dihantui’ Barisan Lembaga Berpakaian Serba Putih Tular

Avatar
Share

Para penunggang motosikal berasa cuak sewaktu melalui jalan di Bukit Permai Ampang apabila mereka melihat beberapa ‘lembaga’ yang berdiri pegun di tepi jalan tersebut.

Barisan ‘lembaga’ berpakaian serba putih tersebut berdiri tegak membelakangi jalan raya dan wajah mereka tidak kelihatan.

Salah seorang dari penunggang motosikal itu sempat merakam video yang berdurasi selama satu saat.

Video yang dimuat naik oleh @Pishtolz di laman Twitter nya itu telah tular dengan jumlah tontonan melebihi 1 juta tontonan dan 11.3 ribu kicau semula.

Pelbagai spekulasi ghaib-sarcasm yang berlegar di laman media sosial itu, warga Twitter ini sangat kreatif apabila mengemukakan sesuatu spekulasi.

Disebabkan video yang telah tular itu, seorang pelajar kolej bernama Aina Masturina telah tampil dan menerangkan keadaan sebenar.

Sebenarnya, tiada pun kejadian seram yang terjadi di tepi jalan itu, barisan ‘lembaga’ berpakaian serba putih itu adalah pelajar yang sedang menjalankan penggambaran untuk tugasan komunikasi foto.

Tema supernatural itu sengaja dipilih bagi tugasan tersebut dan para pelajar berkenaan telah pun menjalankan tinjauan lokasi.

Penggambaran itu dijalankan pada pukul 10.00 malam, melibatkan 10 orang model dan 2 orang jurugambar.

Pelajar yang berusia 24 tahun itu menerangkan bahawa lokasi tersebut sangat sesuai kerana trafik yang tidak berbahaya, kereta tidak banyak melalui kawasan tersebut.

Aina juga sempat ‘smash’ semula kenyataan warga Twitter yang mengatakan bahawa terdapat bayangan disebelah salah seorang rakan sekumpulannya.

‘Alhamdulillah, tiada kejadian tidak diingini berlaku dan apa yang mereka lihat sebagai bayangan itu sebenarnya adalah batu berkemungkinan kelihatan pelik disebabkan pencahayaan’.

Beberapa warga Twitter yang lain telah berkongsi semula video behind the scene situasi tersebut.

Selain spekulasi ghaib, warga Twitter juga sangat laju membuat kerja sindir badan (body-shaming) serta menjadi pakar nasihat.

Salah seorang pelajar yang mempunyai fizikal agak gempal berbanding rakannya yang lain telah menjadi mangsa sindir badan.

Rata-rata warga Twitter memberi komen menyindir kepada pelajar itu kerana fizikalnya dan pemakaian yang dikenakan dalam video tersebut.

Tidak ketinggalan mereka yang menegur bahawa tindakan para pelajar itu agak berbahaya, berkemungkinan terjadinya kemalangan maut.

Selepas ini janganlah anda over confident pula jika terlihat situasi seperti ini, anda berhenti dan menegur mereka.

Mana tahu anda tertegur ‘lembaga’ sebenar, tak memasal pula anda ‘shooting’ drama Seram Sabtu pula di situ.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!