Video “Mat Salleh” Memuji Kehebatan Malaysia Menangani Kes COVID-19 - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Video “Mat Salleh” Memuji Kehebatan Malaysia Menangani Kes COVID-19

Avatar
Share

Sudah beberapa minggu Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) bagi membanteras kes Covid-19 yang melanda Malaysia.

Dalam kekecohan yang terjadi hingga ke harini, pelbagai usaha kerajaan untuk menjamin kesihatan rakyat Malaysia terpelihara. Ada juga yang mungkin kita terlepas pandang dan memandang remeh akan tindakkan kerajaan.

Namun, seorang lelaki bernama Dustin Pfundheller sangat memuji kehebatan Malaysia menangani masalah wabak Covin-19. Mungkin kenyataan daripada Dustin Pfundheller dapat membuka mata rakyat bahawa kerajaan kita sangat berusaha keras untuk memulihkan negara. Dustin Pfundheller ialah seorang pengembara dan juga seorang bekas doctor gigi. Beliau memuat naik video yang menunjukkan beliau kagum dengan Malaysia melalui akaun facebooknya.

“ Kerajaan Malaysia membuat tindakkan pantas. Perintahah Kawalan Pergerakkan atau PKP, sekatan jalan raya, larangan melaksanakan sebarang acara, penutupan sekolah, penutupan semua perniagaan. Malaysia akan melakukan Perintah Kawalan Pergerakkan yang lebih baik. Jika ada sebarang kes di suatu kawasan, semua perniagaan akan tutup dan sekatan jalan raya akan dilaksanakan. Tiada sesiapa boleh keluar atau masuk, tiada siapa boleh keluar dari rumah mereka. Tetapi jangan risau, bekalan makanan dan perubatan disediakan. Dan bilangan kes di Malaysia mula menurun,” kata Dustin Pfundheller.

Tidak kurang juga , ramai rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dustin Pfundheller kerana memuji Malaysia dan sangat bangga dengan Malaysia. Tahniah Malaysia !

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!