[VIDEO] Pingat Olimpik Tokyo 2020 Diperbuat Dari Bahan Buangan? Jom Lihat Bagaimana Ianya Dihasilkan );

Type to search

Adamedia Infotainmen

[VIDEO] Pingat Olimpik Tokyo 2020 Diperbuat Dari Bahan Buangan? Jom Lihat Bagaimana Ianya Dihasilkan

Share
bahan

Sebanyak 5,000 pingat Olimpik telahpun dihasilkan oleh Jepun buat para pemenang di setiap acara yang dipertandingkan pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Uniknya edisi kali ini, pingat itu dikatakan diperbuat daripada seratus peratus bahan buangan yang dikitar semula.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menerusi laman Facebooknya memaklumkan, kempen kitar semula tersebut menghasilkan 32-kilogram (kg) emas, 3,492-kilogram (kg) perak dan 2,199-kilogram gangsa.

Dah namanya produk Jepun, mesti lah canggih kan?

bahan

Maklumlah, Jepun sangat terkenal dengan kemajuan teknologinya yang maju jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Penghasilan pingat  pada temasya kali ini telah menunjukkan sebuah lagi inovasi terbaru yang direka oleh Jepun dan ianya belum pernah lagi dilakukan oleh mana-mana negara lain sebelum ini.

Berikut merupakan video penghasilan pingat di temasya Olimpik Tokyo 2020.

 

Difahamkan, keseluruhan pingat yang dihasilkan telah diperbuat daripada logam telefon bimbit terpakai dan peranti elektronik yang disumbangkan sendiri oleh warga Jepun.

Hampir 80,000 tan bahan e-waste yang dikumpulkan, terdiri daripada 6 juta telefon bimbit, kamera digital, komputer riba dan sisa elektronik lain.

bahan

Menarik kan? Siapa sangka bahan yang dikitar semula ini menjadi buruan oleh setiap para atlet Olimpik yang bertanding.

Kalau bab-bab Inovasi teknologi ni, Jepun memang A+ la kan?

 

Sumber Video: Tiktok

 

Baca: 5 Jenis Suka Pelik Di Dunia Yang Boleh Anda Ceburi

Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!