(Video) Tauke Durian Ini Kongsi Tips Pilih Durian Elak Ditipu Ketika Membeli );

Type to search

Adamedia Infotainmen Makan

(Video) Tauke Durian Ini Kongsi Tips Pilih Durian Elak Ditipu Ketika Membeli

Share
tauke

Musim durian sudahpun kembali, dan pastinya ini merupakan saat ataupun detik yang ditunggu-tunggu oleh ‘hantu durian’ di luar sana.

Pelbagai jenis durian yang dijual di pasaran sekarang dan masing-masing mempunyai rasa dan kualiti yang berbeza. Durian kampung, D 24, IOI, Udang merah dan Musang king antara nama-nama yang sering menjadi tumpuan peminat durian.

tauke

Namun begitu, anda pastinya tertanya-tanya tentang cara memilih buah durian yang betul kan?

Maklumlah, harganya boleh tahan mahal… lebih-lebih lagi ianya sering dijual secara timbang berat buah, maka sukar untuk kita ketahui isi didalamnya.

Maka dengan itu, baru-baru ini tular di laman tiktok video perkongsian cara memilih durian dengan betul oleh seorang tauke durian ini.

Beliau yang dikenali sebagai tauke Soh, menerangkan cara memilih buah durian dengan isi yang baik pada melalui laman sosial tiktok peribadinya.

Pelbagai perkara yang dinyatakan beliau antaranya ialah dengan melihat pada isi tangkai dan bahagian pangkal buah durian.

tauke

 

Video tersebut telah mencapai seratus dua puluh satu ribu jumlah tontonan di tiktok dan lapan ribu enam ratus perkongsian ramai.

Ianya merupakan sesuatu yang sangat bagus untuk dijadikan panduan buat pembeli dan penulis berharap anda tidak akan tertipu lagi selepas ini.

Jangan lupa share pada geng durian yang lain juga ya!

 

Baca: Dobi Di Ruang Angkasa? NASA Hasilkan Mesin Basuh Buat Angkasawan
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!