Virus Corona: Kapal Persiaran Mewah, Diamond Princess Bertukar Menjadi Pusat Kuarantin - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Virus Corona: Kapal Persiaran Mewah, Diamond Princess Bertukar Menjadi Pusat Kuarantin

Avatar
Share

Perjalanan sebuah kapal pelayaran mewah iaitu Diamond Princess terpaksa menghentikan pelayaran yang telah dirancang selama 14 hari secara mengejut apabila salah seorang bekas penumpang mereka positif virus Corona.

Seorang lelaki berusia 80 tahun yang berasal dari Hong Kong telah disahkan positif Coronavirus. Individu tersebut menaiki kapal dari Yokohama pada 20 januari lalu dan turun di Hong Kong pada 25 Januari. Sepanjang pelayaran tiada rekod menyatakan bahawa individu tersebut melawat kemudahan kesihatan yang disediakan di dalam kapal mewah tersebut.

Princess Cruises juga mengeluarkan kenyataan bahawa, pada hari kapal itu mula berlayar iaitu 20 Januari lalu, individu tersebut tidak menunjukkan ciri-ciri dia dijangkiti virus Corona.

Selepas enam hari meninggalkan kapal, Hong Kong Hospital mengesahkan bahawa individu tersebut positif virus Corona. Insiden ini telah memaksa kapal persiaran mewah itu berhenti berlayar serta merta. Kesemua penumpang dan anak kapal seramai 3711 orang dikuarantin secara mandatori.

Petugas perubatan sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan dari bilik ke bilik.

Sementara kapal persiaran mewah itu berlabuh di pelabuhan Yokohama, para petugas perubatan sangat sibuk menjalankan ujian saringan kesihatan pertama keatas para penumpang dari bilik ke bilik dan hasil dari ujian tersebut, seramai 10 penumpang positif virus Corona.

Mereka yang dijangkiti telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut manakala penumpang yang bebas virus Corona masih dikuarantin di atas kapal. Menurut Perdana menteri Jepun, Shinzo Abe berkata baki para penumpang akan dikuarantin dalam tempoh 14 hari dan perkara utama yang harus dilaksanakan adalah menjalankan ujian kesihatan keatas mereka serta merangka langkah-langkah untuk mengelakkan virus ini dari terus tersebar. Tempoh 14 hari tersebut disarankan oleh kementerian Kesihatan Jepun.

Petugas perubatan memindahkan penumpang yang dijangkiti virus Corona ke hospital. (Sumber: Kyodo/Reuters)

Berikutan insiden kuarantin ini, Diamond Princess akan terus membekalkan para penumpang dengan kemudahan internet dan perkhidmatan telefon. Kapal tersebut juga akan tetap keluar kelaut untuk menjalankan operasi marin seperti kebiasaannya.

Menurut kenyataan dari kapal persiaran Diamond Princess kepada CNBC, 10 penumpang positif virus Corona itu terdiri daripada seorang warga Amerika Syarikat, dua warga Australia, tiga warga Jepun, tiga warga Hong Kong dan seorang anak kapal warga Filipina.

Akibat dari kejadian mengejutkan ini, kapal Diamond princess akan membatalkan dua pelayarannya dari Yokohama yang berjadual pada 4 Februari dan 12 Februari tahun 2020. Kesemua para penumpang akan menerima bayaran balik sepenuhnya dan menerima seratus peratus kredit pelayaran pada masa akan datang.

Insiden ini juga membuatkan beberapa syarikat pelayaran mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghentikan penyebaran virus. Princess Cruises dan Carnival Cruises menguatkuasakan peraturan baru iaitu mana-mana tetamu yang baru sahaja pulang atau datang dari China dalam jangka masa 14 hari sebelum tarikh pelayaran tidak dibenarkan menaiki kapal pelayaran.

Royal Caribbean juga mengambil tindakan yang sama namun tempoh dilanjutkan iaitu 15 hari dan melibatkan kedatangan penumpang dari China dan Hong Kong.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!