[VIDEO] “Kau Ni Tak Layak Jadi Mak” Tindakan Kejam Wanita Sumbat Makanan Pejal Pada Bayi Baru Lahir, Dikecam Netizen );

Type to search

Adamedia Isu Best

[VIDEO] “Kau Ni Tak Layak Jadi Mak” Tindakan Kejam Wanita Sumbat Makanan Pejal Pada Bayi Baru Lahir, Dikecam Netizen

Share

Bayi yang baru lahir diibaratkan seperti kain sutera putih yang suci daripada sebarang kekotoran dan sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya.

Namun tular di media sosial baru-baru ini apabila bayi yang berusia kurang daripada sebulan diberi makanan pejal ataupun ‘solid’ yang kebiasaannya hanya sesuai untuk bayi berusia 6 bulan dan ke atas.

Bayi tersebut yang kelihatan masih lagi ‘merah’ diberi makanan berupa nestum tanpa henti dan perasaan belas kasihan oleh individu tersebut.

 

Jika difikir secara logik, susu ibu merupakan sumber makanan dan minuman yang terbaik buat bayi yang baru lahir namun apa yang berlaku di sini sebaliknya pula.

Tidak cukup dengan itu, individu berkenaan juga memuat naik video yang serupa buat kali kedua dengan kapsyen “Nanti mummy bagi makan ais krim pulak” di laman Tiktok.

baru

Melihatkan situasi kejam itu, ruangan komen dipenuhi dengan kecaman dan kemarahan netizen yang merasakan ianya merupakan satu kes penderaan bayi.

baru

baru

 

“Ko ni x layak jadi mak.. sakit plak hati aku tgk”

 

baru

Meskipun begitu, identiti individu berkenaan tidak dapat dikenal pasti dan difahamkan video ini telah dilaporkan pada pihak polis.

Walaubagaimanapun, diharap kesihatan bayi tersebut berada dalam keadaan yang baik dan semoga tuhan memberikan perlindungan terhadapnya.

 

[Sumber]: Tiktok

 

Baca: Teruk Dikecam Peminat, Stesen TV Mnet Mohon Maaf Kerana Guna Lanungan Azan Dalam Rancangan Realiti Di Korea

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!