Warga China ‘kreatif’ dalam melindungi diri mereka dari Coronavirus - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Warga China ‘kreatif’ dalam melindungi diri mereka dari Coronavirus

Avatar
Share

Berita mengenai wabak penyakit Novel Coronavirus (NCov) telah menggemparkan dunia. Berasal dari Wuhan, China, penyakit ini dikatakan muncul daripada pemakanan haiwan liar seperti kelawar.

Wabak penyakit ini dapat disebarkan melalui batuk dan bersin oleh mereka yang positif virus tersebut. Mereka yang lambat mendapatkan rawatan akan berisiko tinggi untuk maut.

Disebakan hal ini, rata-rata mereka yang terkena jangkitan tersebut mengambil langkah berhati-hati dengan memakai topeng muka. Sama juga dengan mereka yang tidak dijangkiti, pemakaian topeng muka adalah penting dan langkah awal bagi mengelak dari terkena penyakit merbahaya tersebut.

Oleh kerana bilangan mangsa virus tersebut semakin meningkat dari hari ke hari. Ramai yang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan dari pihak kesihatan. Begitu juga dengan masalah topeng muka yang semakin berkurangan, mereka tiada cara lain untuk melindungi diri mereka dan orang yang disayangi melainkan dengan cara mencari alternatif lain.

Berikut adalah merupakan antara idea alternatif yang mereka hasilkan.

Idea oleh Warga China menggunakan pelbagai jenis barangan dan buah-buahan seperti limau, kobis, botol air dan juga pakaian dalam bagi mengelakkan risiko dari berjangkit dengan wabak penyakit tersebut.

Walaupun kita dapat lihat kesemuannya tidak efektif dalam menangani masalah ini, namun lebih baik berhati-hati dari terkena, kan.

Sumber: Boredpanda
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!