Warganet Kecam Penganjuran Miss Universe 2021 Berikutan Ianya Dianjurkan di Israel );

Type to search

Adamedia Isu Best

Warganet Kecam Penganjuran Miss Universe 2021 Berikutan Ianya Dianjurkan di Israel

Share
universe

Pertandingan ratu cantik Miss Universe bakal dianjurkan di Eilat, Israel buat julung kalinya pada Disember ini.

Berita tersebut nyata memberi kejutan buat semua pihak terutamanya di Malaysia atas faktor kes penindasan penduduk di Palestin yang masih tidak berkesudahan hingga ke hari ini.

Presiden Organisasi Miss Universe, Paula M Shugart berkata Israel telah berada dalam senarai pendek tuan rumah selama bertahun-tahun kerana kepelbagaian budaya yang dimilikinya.

“Ianya berikutan, pertandingan ini telah mengundang kritikan pada tahun lalu kerana menjadikan kecantikan peserta sebagai objektif utama.

“Maka dengan itu, penganjur telah mengubah imejnya dan lebih memfokuskan pada pembudayaan dan aktivis Wanita,” katanya.

Susulan itu, orang ramai di Twitter mula tampil memberikan pendapat masing-masing dan rata-rata mereka tidak bersetuju dengan lokasi penganjuran pada edisi kali ini.

 

 

Kekejaman dan penindasan yang dilakukan tentera rejim zionis ke atas bumi Palestin bukan lagi satu rahsia dan ianya telah diketahui di seluruh dunia.

universe

Maka tidak hairanlah jika penganjuran pada kali ini bakal mendapat tentangan dan kecaman daripada warganet.

Pendapat penulis, ianya wajar diboikot atas faktor keganasan dan keselamatan para peserta lebih-lebih lagi penyertaan dari negara islam seperti Malaysia dan Indonesia.

 

Sumber: kosmo

 

Baca: (Video) Wanita Israel Ini Koyak Dengan Netizen, Dakwa Malaysia Bersekutu Dengan Hamas 
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!