Semua 'Movie' Warner Bros. Akan Di Tayangkan Tahun Depan );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Preview

Semua ‘Movie’ Warner Bros. Akan Di Tayangkan Tahun Depan

Share

Kumpulan Warner Bros Pictures mengumumkan studio Hollywood akan mengeluarkan semua filemnya pada 2021 secara serentak melalui penstriman dan di pawagam, satu langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini di tengah-tengah perubahan dalam industri perfileman.

Keseluruhan 17 filem yang dinanti-nantikan, termasuk filem pecah panggung dan dihasilkan dengan peruntukan besar seperti “Godzilla vs. Kong,” “Dune,” “Space Jam: A New Legacy” dan “The Matrix 4,” akan ditayangkan di pawagam dan menerusi perkhidmatan penstriman HBO Max, di Amerika Syarikat, lapor agensi berita Xinhua.

Kumpulan itu komited untuk menayangkan filem berkenaan melalui kaedah unik dan akan menayangkannya di pawagam di seluruh dunia, dengan tambahan tempoh akses eksklusif selama sebulan di platform HBO Max.


[Sumber: Bernama] 

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!