[VIDEO] Wartawan Ini Tahan Sebak Jumpa Beg Mainan Berdekatan Lokasi Mayat Kanak-kanak Dijumpai | ADAMEDIA );

Type to search

Adamedia Isu Best

[VIDEO] Wartawan Ini Tahan Sebak Jumpa Beg Mainan Berdekatan Lokasi Mayat Kanak-kanak Dijumpai

Share
wartawan

Wartawan TV3, Juliana Sharin tidak dapat menahan rasa sebak ketika membuat liputan penemuan sebuah beg berisi mainan berdekatan lokasi jasad kanak-kanak tertimbus di sebuah inap desa di Bentong.

Menerusi siaran Buletin Utama Jumaat lepas, Juliana berkesempatan menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) yang menemukan 2 jasad yang dihanyutkan dari inap desa berkenaan.

2 Mangsa dijumpai di bawah timbunan kayu

Bencana banjir yang melanda Pahang menyebabkan sebuah inap desa di Bentong musnah, serta seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dan sepasang suami isteri hilang.

BACA JUGA: Prihatin Nasib Rakyat Malaysia, Palestin Dirikan Solat Jenazah Ghaib Buat Korban Mangsa Banjir

Operasi SAR masih diteruskan untuk mencari mangsa yang hilang dan setakat ini hanya 2 jasad ditemui iaitu seorang wanita dan kanak-kanak lelaki yang berada kira-kira 200m dan 800m dari tempat tidur mereka di inap desa tersebut. Kedua-dua mayat ditemui bawah timbunan kayu.

Lebih memilukan, ketika melakukan proses pembersihan sisa kayu di tepi lebuh raya, mereka menemukan sebuah beg kanak-kanak berisi anak patung dan beberapa mainan budak.

Wartawan TV3, Juliana Sharin yang sempat melakukan liputan terhadap penemuan tersebut jelas kelihatan menahan sebak dan air mata selepas melihat barangan dari dalam beg tersebut dikeluarkan satu per satu.

Video Penuh:


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!