Waterco Malaysia Bantu Pulih Masalah Air Kotor Perkampungan Orang Asli Di Pahang );

Type to search

Adamedia Isu Best

Waterco Malaysia Bantu Pulih Masalah Air Kotor Perkampungan Orang Asli Di Pahang

Share
waterco

Kebersihan dan kualiti sumber air merupakan satu perkara penting yang sangat diperlukan bagi melindungi kesihatan diri terutamanya di musim COVID-19.

Meskipun Malaysia dilimpahi dengan sumber air yang mencukupi, namun ianya masih tidak dapat dinikmati oleh semua pihak, terutamanya golongan Orang Asli yang tinggal di kawasan luar bandar.

Menyedari kesukaran yang dihadapi, Waterco Sdn Bhd dengan kerjasama pertubuhan bukan untung, Global Peace Foundation, telah menyediakan sistem penapisan air yang sesuai untuk kegunaan harian perkampungan Orang Asli di Pantai Timur.

waterco

Selama bertahun-tahun, penduduk kampung di luar bandar memperoleh sumber air bersih dari perigi, sungai dan kolam berdekatan kerana lokasi mereka yang jauh, menyukarkan mereka untuk mengakses air paip yang dirawat.

Amalan yang telah diamalkan selama beberapa dekad ini bukan sahaja mempengaruhi mereka secara fizikal, malah ramai diantara mereka terpaksa membuang air besar secara terbuka.

Menyedari betapa pentingnya mereka perlu mendapatkan akses air bersih demi kemudahan harian, Waterco Malaysia telah menyediakan penapis air bersama tolok tekanan di sembilan buah kampung Orang Asli sekitar Pekan dan Rompin, Pahang.

waterco

“Air dianggap sebagai salah satu keperluan utama kehidupan, namun masih ada banyak komuniti di Malaysia yang belum dapat menikmati keistimewaan air bersih.

“Semasa pandemik, keperluan air bersih telah terbukti lebih penting terutama ketika mereka tidak dapat menerima bantuan akibat sekatan PKP,” kata Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Serantau Waterco Malaysia.

Beliau juga berpendapat, dengan kerjasama pihak Global Peace Foundation, sistem penapisan air akan dipasang pada sumber air utama yang menghubungkan kemudahan sanitasi di kampung-kampung tersebut.

waterco

Dengan pemasangan sistem penapisan air, penduduk kampung tersebut dapat menikmati air bersih untuk tujuan mandi, mencuci dan rutin harian lain dimana kemudahan ini dapat meningkatkan kehidupan dan kesihatan penduduk kampung.

Untuk maklumat lanjut mengenai Waterco Malaysia dan inisiatifnya, sila kunjungi https://www.waterco.com.my/.

 

Baca: 5 Cara Jimatkan Bekalan Air Dan Elektrik Di Rumah Anda

Tags:

You Might also Like

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!