"Work From Home" Masih Diteruskan Di Kawasan PKPB );

Type to search

“Work From Home” Masih Diteruskan Di Kawasan PKPB

Adamedia Isu Best

“Work From Home” Masih Diteruskan Di Kawasan PKPB

Share

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau menyatakan bahawa kawasan-kawasan yang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti di Selangor dan Kuala Lumpur (KL) perlu melaksanakan “Work From Home” (WFH).

Para pekerja yang terlibat didalam pengurusan dan pentadbiran sektor awam dan swasta di kawasan PKPB diwajibkan WFH berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI).

Perkara ini disebabkan masih berlaku peningkatan kes wabak Covid-19 di kawasan-kawasan tersebut dan pihak kerajaan ingin menurunkan kembali kes tersebut.

Malah terdapat sebahagian kawasan di Selangor dan KL yang berada di dalam fasa zon merah dan ia merisaukan banyak pihak.

Masyarakat perlulah akur dengan arahan yang diberi dan bekerjasama menangani masalah ini agar semuanya kemabli seperti sedia kala.

[Sumber: The Rakyat Post]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!