X Factor Israel - Simon Cowell Tarik Diri Sebagai Juri

Type to search

Adamedia Isu Best

X Factor Israel – Simon Cowell Tarik Diri Sebagai Juri

Share
X Factor

Simon Cowell telah membatalkan penampilannya sebagai juri bagi pertandingan talent show versi lokal di musim baharu. 

Tayangan siri baru The X Factor Israel telah dijadualkan di siaran televisyen negara – Reshet 13 pada akhir tahun ini dan sebelum ini pun Simon sendiri telah bersetuju untuk menjadi salah seorang juri rancangan tersebut.

Dailymail melaporkan, syarikat produksi X Factor Israel, Reshet memberitahu Simon tarik diri tanpa menjelaskan alasan keputusannya.

Konflik Israel-Hamas

Rata-rata merasakan penarikan diri Simon ada kaitan dengan konflik yang berlaku antara Israel dan Hamas kerana pada awal khabar angin ini mula didengari adalah ketika isu keganasan sedang hangat diperkatakan. 

Dan, hal ini telah disahkan oleh kakitangan Simon sendiri menerusi panggilan telefon berkenaan ‘kebimbangannya’ terhadap keganasan yang berlaku di Gaza baru -baru ini.

Walau bagaimanapun, ‘kebimbangan’ itu tidak dinyatakan secara terperinci dan menyeluruh.

X Factor

Masalah kesihatan

Selain itu, keadaan kesihatan juga mungkin antara faktor Simon tidak mengambil bahagian dalam X Factor Israel musim ini.

Seperti yang diketahui insiden kemalangan motosikal elektrik yang menimpa Simon tahun lalu, telah menyebabkan punggungnya patah.

Tahun 2020 personaliti televisyen Britain itu memerlukannya berehat dari televisyen bagi menjalani pembedahan yang kompleks pada punggung. 

X Factor

Israel X Factor

Namun pada bulan Disember 2020,  pengasas versi asli The X Factor di Britain itu mengumumkan bahawa dia akan tampil sebagai juri pada musim keempat X Factor Israel, bersama pemenang Eurovision 2018 Netta Barzilai, dan penyanyi Aviv Geffen, Margalit Tzanani, Miri Mesika dan Ran Danker.

“Saya hampir tidak sabar untuk melihat apa yang ditawarkan oleh Israel,” komen Simon.

Namun sepertinya dia tidak akan mengambil bahagian sama sekali atas sebab konflik peperangan antara Arab dan Yahudi Israel yang telah mengakibatkan mimpi ngeri buat penduduk Palestin.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!