Youtuber Memasak Sugu Pavithra Mendapat Sambutan Di Hati Rakyat Malaysia - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best Pilihan Editor

Youtuber Memasak Sugu Pavithra Mendapat Sambutan Di Hati Rakyat Malaysia

Avatar
Share

Siapa sangka, seorang wanita yang dulu hanya membuat video memasak secara suka-suka kini telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia dek kerana pengunaan Bahasa melayu yang fasih dan kesopanan dalam pertuturannya.

Kini, pasangan Suami Isteri Sugu Pavithra sudah mempunyai lebih daripada 140 ribu Subscriber dengan hanya baru beberapa bulan membuka channel di Youtube .Masakkan pertama Sugu Pavithra memuat naik di channelnya ialah “Bakar ikan Talapia cara mudah” dan pada masa itu cuma 300 viewer sahaja.

Sugu Pavithra tinggal di perkampungan sekitar Sungai Siput Perak dan beliau berasal daripada keluarga yang sederhana namun kehidupan mereka sangat bahagia di samping keluarga tersayang. Video mereka dapat membuka mata semua orang bahawa dengan hidup yang bahagia tidak memerlukan kemewahan. Antara video yang paling mendapat sambutan ialah “Masak kari ikan With Mak Mertua Tersayang” kerana dalam video tersebut kita dapat melihat sepanjang proses memasak kari ikan dengan mudah dan juga gelagat lucu Pavithra bersama ibu mertuanya.

Apa yang lebih menarik lagi , mereka hanya merakam video dengan hanya mengunakkan telefon pintar. Tidak mengunakkan alatan yang mahal-mahal untuk merakam dan mengedit video masakkan mereka. Editing video mereka juga kelihatan simple namun masih tetap sampai di hati rakyat Malaysia.

Peralatan memasak yang digunakkan juga adalah peralatan yang memang wajib ada di setiap rumah. Pavithra tidak mengunakkan peralatan yang susah untuk dapat dan mahal. Semuanya ala kadar sahaja. Jadi tiada alasan untuk anda tidak mencuba resipi masakkan yang dikongsikan oleh Pavithra.

Selain daripada video memasak, Sugu Pavithra juga ada berkongsi video tentang aktiviti harian mereka sekeluarga, hasil tanaman-tanaman mereka dan pelbagai lagi. Jadi, jika tiada idea hendak masak apa untuk berbuka harini. Boleh la tengok video memasak Sugu Pavithra. Boleh berbuka dengan lauk ala-ala masakkan India

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!