Zoo Negara Selamat Sambut Anak Panda Gergasi Ketiga

Type to search

Adamedia Isu Best

Zoo Negara Selamat Sambut Anak Panda Gergasi Ketiga

Share
zoo

Berita gembira buat rakyat Malaysia apabila panda gergasi, Liang Liang selamat melahirkan anaknya yang ketiga di Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP), Zoo Negara malam semalam.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia memaklumkan, anak panda yang dilahirkan pada 8.30 malam semalam itu merupakan kelahiran kali ketiga untuk pasangan Liang Liang dan Xing Xing sejak berada di Malaysia pada 2014.

Anak pertama dan kedua iaitu Nuan Nuan dan Yi Yi masing-masing dilahirkan pada 18 Ogos 2015 dan 14 Jan 2018.

Ianya sekaligus membuktikan haiwan berkenaan sangat serasi dengan habitat dan persekitaran yang disediakan di Zoo Negara.

zoo

Kelahiran tersebut merupakan satu lagi kejayaan usaha pemuliharaan kebun binatang di bawah Perjanjian Pemuliharaan Antarabangsa Malaysia-China, Giant Panda yang ditandatangani pada tahun 2012.

“Buat masa ini, jantina anak panda itu belum dapat dikenal pasti kerana ia masih di bawah jagaan rapi ibunya dan tidak dapat didekati.

“Petugas Zoo Negara akan terus memantau dan mengawasi Liang Liang dan anaknya bagi tempoh 24 jam,” menurut kenyataan itu.

zoo

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, tekan pautan ini untuk lihat video youtube.com

Tak sabarnya nak tengok anak panda kali ini, tamat PKP nanti boleh la berkunjung ke Zoo Negara!

 

Sumber: harian metro

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!