Terkesan Akibat COVID, Pengusaha Ladang Tawar Khidmat 'Zoom Call' Dengan Kambing, Berjaya Kutip RM250,000 Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen Pilihan Adamedia

Terkesan Akibat COVID, Pengusaha Ladang Tawar Khidmat ‘Zoom Call’ Dengan Kambing, Berjaya Kutip RM250,000

Share
Kambing

Akibat pandemik COVID-19 yang melanda, banyak bisnes yang terkesan dan terpaksa mengecilkan operasi dan lebih teruk lagi, ada juga yang terpaksa ‘mengangkat bendera putih’ dan gulung tikar kerana tidak mampu bertahan.

Ketika musim ini juga, ada yang terpaksa mengubah jenis perniagaan mereka bagi kelangsungan bisnes.

Seperti apa yang dilakukan oleh sebuah ladang di Lancashire, England ini yang timbul dengan idea yang unik setelah perniagaan utama mereka terkesan.

Ladang berkenaan menawarkan khidmat panggilan Zoom bersama dengan kambing-kambing di ladang mereka. Kedengaran pelik bukan? Tetapi idea pelik ini telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM250,000 buat ladang itu semenjak pandemik ini melanda.

Pemiliknya, Dot McCarthy berkata dia hanya bergurau bersama pekerjanya tentang idea tersebut.

“Ia pada mulanya adalah satu jenaka. Saya mengemukakan idea tersebut, memberitahu pekerja saya Emma dan kami berdua bersetuju bahawa ini perkara gila dan kita harus memikirkan idea yang lain.

“Namun pada malam itu saya tetap meletakkan idea tersebut di laman web dengan alamat e-mel Emma untuk tempahan.

“Ketika saya bangun, saya mendapat banyak missed call dari Emma yang mengatakan bahawa dia telah dibanjiri dengan e-mel dan tidak dapat memenuhi permintaan untuk panggilan bersama kambing,” katanya kepada Farming UK.

Dengan serendah £5 (RM27), mereka yang berminat boleh menempah satu panggilan video dengan salah seekor daripada 11 ekor kambing di ladang itu.

Setiap kambing dilengkapi dengan penerangan tentang apa yang pelanggan boleh jangkakan daripada kambing yang mereka tempah.

Dot berkata ‘eksperimen’nya itu terbukti amat menguntungkan dan mereka telah menerima pelanggan dari pelbagai latar belakang.

“Kami telah menerima tempahan daripada pengurusan Facebook di Eropah, petugas barisan hadapan, untuk sebuah perkhidmatan gereja secara maya.

Antara kambing yang ditawarkan, lengkap dengan penerangan.

“Saya gembira menyatakan yang kami telah berjaya menjana lebih dari £50,000 (RM250,000) setakat ini,” katanya.

Tambahnya, mereka masih lagi dibanjiri dengan tempahan sehingga hari ini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!