10 Tip Untuk 'Trip Camping' Pertama Anda - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Hiking & Outdoor

10 Tip Untuk ‘Trip Camping’ Pertama Anda

Avatar
Share
Camping

Aktiviti perkhemahan atau lebih popular camping merupakan salah satu segmen percutian yang semakin diminati ramai serta menjadi trend untuk merehatkan minda sepanjang pandemik COVID-19.

Berkhemah sudah menjadi kebiasaan baru bagi pengembara hujung minggu yang sentiasa merancang untuk menjadi pelarian dari hiruk pikuk bandar demi meneroka keindahan hutan hijau jauh dari kesibukan kota.

Bila anda jeda hubungan dengan teknologi buat seketika, ketenangan disatukan dengan ibu alam semula jadi (mother nature) memberikan pengalaman percutian yang mengujakan di samping keluarga mahupun kenalan rapat.

Maka tidak hairan lokasi perkheman sekitar Selangor, Pahang dan Perak menjadi buruan pelancong tempatan untuk bercuti dalam persekitaran yang inklusif selain menjadi terapi diri.

Camping

Namun, aktiviti perkhemahan bukanlah semudah seperti anda jangkakan. Sebagai langkah untuk menjadikan camping trip pertama anda selesa serta menyenangkan, seseorang perlu mengetahui apa persediaan buat pemula (beginner) dan mempunyai peralatan yang bersesuaian.

Jika sebaliknya, keseronokan semasa perkhemahan akan terbantut dan mungkin berubah menjadi pengalaman pahit atau nightmare.

Persoalannya, alat perkhemahan apa yang harus anda bawa?

Salah satu perkara penting yang membantu melancarkan perjalanan perkhemahan adalah dengan kelengkapan peralatan khemah berkualiti tingga serta tahan lasak.

Selain khemah untuk berteduh, ada beberapa keperluan lain yang harus anda sedia dan pertimbangkan. Kami telah mengumpulkan 10 petua asas untuk pemula aktiviti perkhemahan;

camping
Khemah untuk berteduh, keperluan lain untuk kelangsungan hidup

1 – Alas tidur / sleeping bed

Hanya kerana tidur jauh dari rumah, tidak bermaksud anda harus berkompromi dengan keselesaan untuk berehat.

Berbelanja mengikut bajet mendapatkan sleeping beg yang bagus atau dapatkan tilam udara kembung. Jangan lupa bawa bantal kegemaran, terasa seperti di rumah. Kunci untuk keseronokan camping adalah waktu malam yang tenang serta selesa semasa tidur.

camping

2 – Khemah & kalis air

Melabur beli khemah memang berbaloi. Sekiranya anda bersedia menjadikan camping sebagai sebahagian daripada gaya hidup, cari jenama khemah berkualiti, kukuh dengan ruang selesa untuk menampung keperluan anda.

Sentiasa mencuba memasang khemah di halaman belakang atau taman perumahan anda. Pastikan ia mampu berfungsi baik dengan segala aksesori.

Selagi belum koyak atau reput, sepatutnya khemah itu mestilah berfungsi kalis air. Perhatikan kondisi khemah sebelum rancang aktiviti.

Camping

3 – Keperluan trip

Jangan lupa barang keperluan dapur untuk memasak dan kerusi malas seperti foldable chair.

Sebilangan besar peminat berkhemah menyediakan makanan berat sebelum trip. Ada juga yang gemar masak sendiri di lokasi perkhemahan. Terpulang kepada selera dan kerajinan anda.

Cumanya, usai masak tu, jangan pula tinggalkan sampah atau sisa buangan merata tempat, kumpul dan bawa keluar dari tapak perkhemahan. Sayangi alam semula jadi guys!

4 – Pemakaian

Semasa mengembara tidak kira secara beg galas atau bagasi tarik, cara susur atur barang-barang merupakan kemahiran penting. Cara jimatkan ruang dalam beg dengan gulungkan pakaian.

Capai pakaian yang bersesuaian dengan ‘mood camping’; lengan panjang, cepat kering dan tidak makan ruang.

Kalau beli kasut baru tu, lanyak secukupnya sebelum lakukan aktiviti camping. Jangan lupa spek mata hitam untuk gaya dan pelindung mata daripada sinaran matahari.

5 – Perlindungan

Lindungi diri daripada ancaman gigitan serangga dalam perjalanan mahupun di tapak perkhemahan.

Mana yang ada alahan, bawa beberapa penghalau serangga tidak kira organik (bau), penyembur atau sapuan.

Bagi mereka yang kurang selesa dengan cuaca panas, jangan lupa guna losyen pelindung matahari dan selalu sediakannya dalam travel-sized bottle bersama anda.

Camping
Pakaian perlu bersesuaian & selesa

6 – Kebersihan

Aktiviti perkhemahan bukan hanya mengetengahkan gaya hidup survival, ia mementingkah tahap kebersihan dalam aspek penyediaan tapak berkhemah, makanan dan self hygiene.

Untuk itu, jangan lupa peralatan mandian asas seperti ubat gigi, sabun, syampu, perapi, tisu ganti dan kit pertolongan cemas.

7 – Sumber pencahayaan

Pastikan anda mempunyai pencahayaan yang mencukupi semasa aktiviti perkhemahan.

Selain membantu pencahayaan yang menarik untuk foto, vlog dan memasak, ia juga penting untuk menjaga keselamatan sepanjang berkhemah seandainya kemudahan tidak berfungsi serta waktu malam.

Sebaik-baiknya, lampu lantern yang boleh anda cas pek baterinya. Kalau nak lebih ekonomi, boleh guna lampu minyak tetapi perlu berhati-hati.

Camping

8 – Masa

Rancang masa terbaik untuk anda pacak khemah dan bersurai. Bergantung pada musim, mungkin kebanyakan kawasan perkhemahan ditutup atau fully booked.

Bersikap proaktif dengan membuat tempahan awal dalam talian untuk mengelakan kesesakan.

9 – Kemudahan & Fasiliti

Berkhemah berdekatan tapak awam yang disediakan atau berhampiran tarikan umum membantu memudahkan anda untuk membeli barang keperluan jika memerlukan.

Sekiranya anda pacak khemah di tapak lebih privasi, pastikan mempunyai akses mudah untuk keluar masuk. Pastikan anda memeriksa keadaan sekeliling bagi mengelakkan ancaman serangga liar dan sebagainya.

10 – Keselamatan

Semak keadaan cuaca dan baca kemaskini lokasi camping yang dituju. Perubahan keadaan cuaca boleh mengundang bahaya seperti fenomena air pasang dan kepala air.

Jika tidak arif berkhemah di kawasan privasi, mulakan dengan menyewa tapak perkhemahan sedia ada untuk timba pengalaman. Kalau berkhemah secara berkumpulan, lantik seseorang untuk menggalas tanggungjawab sebagai first aid carrier.

Camping
Camping checklist
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!