2 Malam di Hounon Ridge Bundu Tuhan, Destinasi 'Tersembunyi' Disebalik Kemasyuran Kundasang - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

2 Malam di Hounon Ridge Bundu Tuhan, Destinasi ‘Tersembunyi’ Disebalik Kemasyuran Kundasang

Avatar
Share
Sabah
  • Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi.
  • Pekan Kundasang terletak di bawah daerah Ranau & menawarkan bentuk bumi berbukit-bukau.
  • Ranau beriklimkan cuaca yang lembap, sejuk & bergunung-ganang di kebanyakan tempat.

Destinasi Sabah sarat dengan tarikan pelancongan yang mengujakan, tidak kira pulau, kawasan tanah tinggi serta alam semulajadi.

Jika sebut tentang lokasi yang menjadi kegilaan pelancong masa kini adalah Kundasang – terletak di kaki pergunungan tertinggi di Asia Tenggara.

Jadi, Kundasang wajib dicatatkan dalam itinerari percutian anda sebagai salah satu lokasi tumpuan dan wajib dikunjungi.

Kundasang, Ranau, Sabah
Kundasang, Ranau, Sabah

Penulis sendiri hanya mengenali produk pelancongan yang sudah mainstream di Pekan Kundasang iaitu Desa Dairy Farm, Sabah Tea dan Taman Negara Kinabalu.

Terima kasih atas perkongsian pengikut BackPackerz, Rahmah Yusrah yang sempat bercuti di Kundasang-Ranau selepas pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Memetik kata-kata beliau, “Jangan risau, banyak lagi tempat-tempat menarik dalam negara kita yang boleh ‘feeling’ seolah berada di luar negara.”

Sememangnya penulis bersetuju dengan pendapat Rahmah selepas melihat koleksi gambar-gambar menarik ‘OOTD’ serta pemandangan di Kundasang.

Hounon Ridge, Bundu Tuhan, Ranau
Hounon Ridge, Bundu Tuhan, Ranau
Kundasang Sabah

Bagi mereka yang sukakan keindahan alam semulajadi, persekitaran yang sejuk dan gembar  bergambar untuk tatapan followers, anda perlu menjejakkan kaki ke Hounon Ridge Bundu Tuhan.

Ikuti itinerari ringkas yang dikongsikan Rahmah Yusrah merangkumi penginapan, pemandangan serta aktiviti mendaki.

Buat pelancong yang datang dari Semenanjung, anda boleh turun ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Hounon Ridge Farmstay & Camping

Kemudian, sewa kereta, gunakan servis e-hailing atau teksi menuju ke Pekan Kundasang. Perjalanan mengambil masa sekitar dua jam jika dari Kota Kinabalu.

Hounon Ridge, Bundu Tuhan terletak di Hounon Ridge Farmstay & Camping di Ranau dan dikelilingi ekosistem hutan hujan tropika.

Hounon Ridge, Bundu Tuhan
Pemandangan yang menakjubkan di Hounon Ridge, Bundu Tuhan
Port wajib bergambar di Hounon Ridge, Bundu Tuhan
Hirup teh panas sambi ditemani bayu udara segar

Tidur di Bensen Homestay

Setibanya anda di sini, secara langsung melarikan diri daripada tekanan rutin harian yang sibuk dengan ‘khayalan’ aroma hijau tropika, kesejukan cuaca di dataran tinggi serta pemandangan Gunung Kinabalu.

Untuk penginapan, Rahmah Yusrah memilih menginap di Bensen Homestay kerana lokasi serta akses yang mudah untuk memulakan pendakian di Sosodikan Hill.

Buat mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan dahagakan pemandangan berada di atas bukit-bukau, Sosodikan Hill sentiasa menanti para pendaki amateur mahupun newbie

Katanya, untuk tiba di puncak bukit ini anda perlu hiking kira-kira 30 minit, bergantung pada cuaca dan pace pendakian individu.

Bensen Homestay
Pemandangan dari dalam Bensen Homestay. Cuaca masa ni sejuk!
Cuti-Cuti Malaysia bersama keluarga tercinta di Ranau
Sosodikan Hill
Sosodikan Hill

Setelah selesai mendaki dan berjemur dibawah sinaran matahari, aturkan langkah anda ke Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud.

Rendam badan dan segarkan jiwa raga dengan kesegaran air sungai yang mengalir dari Gunung Kinabalu.

Hiking ke Sosodikan Hill
Polumpung Melangkap View Camp Site
Mandi di Polumpung Melangkap View Camp Site

Jadi, bagi anda yang sukakan persekitaran hijau hutan tropika, cuaca sejuk di dataran berbukit, suka ‘OOTD’ dan peminat hiking, destinasi hidden gem di Kundasang-Ranau ini wajib dilawati! #BahMariLah


Jom baca itinerari 5 Hari 4 Malam ‘Buru’ Lokasi Bergambar di Sabah dengan Bajet RM600 – di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!