3 Keunikan Di Hokkaido Pada Musim Sejuk );

Type to search

Asia Backpackerz

3 Keunikan Di Hokkaido Pada Musim Sejuk

Share

Teringin melancong dan mengambil angin di Jepun pada tahun hadapan ?

Anda boleh pergi ke Hokkaido pada musim sejuk kerana di sana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan serta terdapat beberapa keunikannya.

Hokkaido memang terkenal sebagai destinasi para pengunjung pada musim sejuk di sana iaitu ketika bulan Disember hingga Februari.

Ketika musim tersebut, salji yang turun sekitar suhu bawah 0℃ dan suasana kawasan tersebut sangat cantik kerana diselimuti salji putih.

Antara keunikan yang terdapat di Hokkaido ketika musim sejuk ialah:

1. Fenomena Alam

Tahap kesejukkan di Hokkaido ketika musim sejuk sangatlah dingin dan menyejukkan.

Namun disebalik kedingin tersebut terdapat beberapa kejadian fenomena alam yang sangat terkenal dan menakjubkan.

“Diamond Dust” merupakan antara tarikan yang paling ditunggu menakjubkan dan hanya berlaku ketika musim sejuk di sana.

Wap air yang membeku di udara akan jatuh bertaburan ketika matahari bersinar dan ia memancarkan serpihan bagaikan berlian.

Anda pasti akan tertarik dan terpesona dengan kecantikkan tersebut.

2. Otaru

Otaru merupakan sebuah bandar pelabuhan yang berhampiran Sapporo (lebih kurang 38 km).

Kenapa ia unik kerana di bandar tersebut anda akan menyaksikan pemandangan jalan yang sangat indah dan cantik.

Terdapat juga acara yang terkenal di sana iaitu “Snow Light Path Festival” yang sering diadakan pada bulan Februari.

Bandar tersebut akan dihiasi dengan lampu yang cantik dan bersinar pada waktu malam.

Jepang, Otaru, Salju, Hokkaido, Kanal

3. Drift Ice

Anda dapat menyaksikan bagaimana aktiviti “Drift Ice” dilakukan oleh mereka yang profesional.

Ia akan berlangsung di Okhotsk Sea di bahagian timur Hokkaido.

Akan terdapat dua jenis kapal yang akan beroperasi ketika musim sejuk di sana.

Garinko dari Monbetsu City dan Aurora dari Abashiri City. Kedua-dua buah kapal akan membawa para penumpang ke laut yang membeku melalui ais yang hanyut.

 

Jangan lepaskan peluang anda untuk memberi satu memori yang indah untuk diri anda sahaja atau bersama orang yang anda sayang.

Sumber: All About Japan, Japan Web Magazine

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!