3 Lokasi OOTD Mural 'Cara Kita', Kolaborasi KFC dengan Kenji Chai Meraikan Keunikan Malaysia - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Makan-Makan Pilihan Editor

3 Lokasi OOTD Mural ‘Cara Kita’, Kolaborasi KFC dengan Kenji Chai Meraikan Keunikan Malaysia

Avatar
Share
  • KFC telah bertapak di Malaysia selama 47 tahun, sejak restoran pertama dibuka pada 1973.
  • Kempen KFC Cara Kita tanda kasih KFC kepada Malaysia yang mereka sudah gelarkan sebagai tanah air tercinta.
  • Tiga restoran KFC di Lembah Klang kini menampilkan gaya karya seni pada dinding bangunan mereka; 5 Jalan Barat, Seapark & Sri Hartamas.

KFC cukup sinonim sebagai jenama tempatan yang telah beroperasi selama 47 tahun sejak pembukaan restoran pertamanya pada tahun 1973.

Bayangkan, KFC ini telah wujud sewaktu era 70-an lagi. Betapa setia jenama KFC memenuhi selera penduduk Malaysia sehingga hari ini.

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, KFC mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan rasa cintanya terhadap negara.

KFC Cara Kita
KFC 5 Jalan Barat

Berkolaborasi dengan artis tempatan, tiga restoran KFC kini menampilkan seni mural di dinding luar restoran.

Setiap ciptaan mural ini mengetengahkan hasil karya yang memberi penghormatan terhadap Malaysia serta meraikan keunikkan identiti negara yang berbilang bangsa.

Terima kasih Kenji Chai atas ciptaan mural yang cukup menyentuh perasaan dan mempunyai ‘soul’ tatkala pengunjung menatap mahupun bergambar.

Gabungan dan usaha kedua belah pihak ini cukup menzahirkan penyatuan rakyat Malaysia dengan cara yang tersendiri.

KFC Cara Kita
3 mural KFC Cara Kita di Lembah Klang

“KFC berbesar hati menjadi sebahagian daripada fabrik sosial Malaysia dengan sejumlah 740 restoran di seluruh negara. Kempen ini meraikan keunikkan serta kecantikkan Malaysia. Itulah KFC Cara Kita” – Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.



“Dilahirkan serta dibesarkan di Sandakan dan kini menetap di KL, terdapat pelbagai aspek pada identiti saya sebagai rakyat Malaysia. Saya cukup bangga dapat meluahkan dan berkongsikannya dengan orang ramai melalui mural ini” – Kenji Chai, pelukis mural KFC Cara Kita.


KFC Cara Kita
Artis Kenji Chai

Anda boleh melihat ketiga-ketiga mural ini di dinding luar 3 restoran KFC di Lembah Klang iaitu 5 Jalan Barat, Seapark dan Sri Hartamas. Jangan lupa untuk berswafoto di sini jika anda sedang Cuti-cuti Malaysia.

Menemani rakyat Malaysia ketika bercuti, KFC telah melancarkan kombo Cheezy Cheezy Malaysia; cheesy wedges, add-on bebola durian yang diperbuat daripada durian D25 premium asli.

Jom Cuti-Cuti Malaysia di restoran KFC menarik sekitar anda

  • KFC Greenlane, Penang – sebuah bangunan warisan dengan senibina kolonial yang cantik.
  • KFC Stulang Laut dan Tanjung Leman yang terletak berhadapan pantai. Nikmati bunyi desiran ombak yang menghempas pantai atau saksikan matahari terbenam ketika menjamu juadah.
  • KFC Taiping Lake Garden – selami keindahan alam penuh kehijauan yang luas mata memandang.
  • KFC Nilai Square – restoran mesra alam pertama yang diiktiraf dengan Pensijilan Hijau daripada pihak tempatan dan antarabangsa.
KFC Tanjung Leman (Dine While Watching the Sea)
KFC Taiping Lake Garden(Side by side nature)
KFC Stulang Laut (Outlet by the Sea)
KFC Nilai (Exterior of the Outlet)

Promosi ini boleh didapati di seluruh 740 restoran KFC di seluruh Malaysia, jadi ketika anda sedang cuti-cuti Malaysia, restoran KFC sedia untuk menjamu perut anda yang lapar! 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!