Bukan Sekadar Populariti Filem Zombie, Busan Destinasi Unik & Kaya Landskap Bumi - Ini 3 Tarikan Terbaharu Patut Anda Lawati - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Asia Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Bukan Sekadar Populariti Filem Zombie, Busan Destinasi Unik & Kaya Landskap Bumi – Ini 3 Tarikan Terbaharu Patut Anda Lawati

Avatar
Share
Busan

Nama Busan semakin dikenali selepas penayangan filem seram/aksi iaitu “Train to Busan” sekitar tahun 2016.

Bagaimanapun, kisah di sebalik mimpi ngeri itu sekadar olahan cerita. Busan itu sendiri cukup menarik dan luas untuk pelancong jejaki destinasi yang terletak di hujung tenggara Semenanjung Korea ini.

Bandar pelabuhan terbesar di Korea Selatan ini juga terkenal dengan tarikan pantai, gunung & gastronomi seperti makanan laut.

Oryukdo Island

Kenapa Busan?

Destinasi ini menikmati empat musim yang berbeza serta menawarkan iklim sederhana yang sesuai untuk dilawati – tidak terlalu panas mahupun terlalu sejuk. Just nice orang kata.

Busan juga terkenal dengan penganjuran “Busan One Asia Festival (BOF), yang merupakan festival Hallyu di mana anda boleh menyaksikan kepelbagaian budaya Korea melalui konsert K-Pop, pameran-pameran serta sesi ramah mesra antara selebriti dan peminat.

Tidak ketinggalan, Busan Firework Festival (BFF) yang merupakan antara festival pertunjukan bunga api terbesar di Asia. Festival ini diadakan setiap tahun di Pantai Gwangan. 

Busan turut dikenali dengan penganjuran festival bertaraf dunia seperti Busan International Film Festival (BIFF).

Busan
Let's Visit Busan

Bagi anda yang pernah melancong ke bandar ini atau mencatatkan Busan dalam ‘wishlist travel’ selepas pandemik, BackPackerz ingin kongsikan beberapa tarikan baharu di sana.

1 – Songdo Yonggung Suspension Bridge – Walking between the Ocean and Sky

Lokasi ini terletak di Pantai Songdo dan mempunyai jambatan gantung menghubungkan Amnam Park dengan ‘uninhabited’ Dongseom Island.

Mungkin ramai yang tahu Songdo Beach merupakan pantai pertama di Korea. Tarikan sekitar pesisiran pantai telah diatur semula untuk dijenamakan semula sebagai tarikan musim panas baru di Busan.

Sebelum ini, ia terkenal dengan beberapa tapak tarikan seperti Songdo Cloud Trails, Busan Air Cruise dan Songdo Coastal Trail.

Kini, Busan Tourism Organization ingin memperkenalkan produk terbaru kepada pelancong Malaysia, Jambatan Gantung Songdo Yonggung yang semakin mendapat perhatian.

Lebih menarik, anda dapat mengamati panorama Songdo, menjejaki Amnam Park Coastal trail, menaiki kereta kabel dan menikmati keindahan Songdo Beach.

Kunjungan ke Songdo Yonggung Suspension Bridge menawarkan pemandangan bangunan moden, lautan biru, denai tebing formasi batuan yang unik serta hamparan langit biru. Memang tarikan pelancong yang harmoni dan cukup sempurna.

Busan
Songdo Yonggung Suspension Bridge

Info & Trivia Menarik

  • Jambatan Gantung Songdo Yonggung berukuran 127.1 meter panjang dan 2 meter lebar.
  • Tarikan berdekatan seperti Songdo Sky Walk, Busan Air Cruise, Songdo Coastal Trail.
  • Menjelang malam, titian gantung itu dinyalakan dengan cahaya keemasan ibarat golden lights.
  • Waktu operasi: 9 pagi-6 petang, dibuka setiap hari kecuali hari Isnin minggu pertama & ketiga bulan itu. Musim sejuk dibuka dari 9 pagi – 5 petang. Hari Tahun Baru & Chuseok (ditutup sekiranya cuaca buruk).
  • Etika perjalanan: Kasut tumit tinggi, tongkat hiking & selfie sticks adalah dilarang.

Bagaimana ke sana?

  • Subway Line 1, Jagalchi Station, Exit 1 (Jalan ke persimpangan Chungmu-dong, naik bas #7 & turun di Amnam Park.
  • Busan Station (#17, #61), menuju ke Jagalchi Station, persimpangan Chungmu-dong (#7) & turun di Amnam Park.
  • Busan Station (#27, #41, #134), menuju ke Nampo-dong (#71) & turun di Amnam Park.
  • Busan Station (#26), menuju ke Songdo Elementary School (#7, #71) & turun di Amnam Park.
  • Bagi yang memandu, anda boleh meletakkan kenderaan di Amnam Park Parking Lot & menaiki tangga di sebelahnya untuk ke pintu masuk Amnam Park Trail, bertentangannya adalah pintu masuk ke Yonggung Suspension Bridge.
Busan
Songdo Yonggung Suspension Bridge
Busan
Jambatan Gantung Songdo Yonggung berukuran 127.1 meter panjang dan 2 meter lebar

2 – Haeundae Blue Line Park – Where blue sky and sea are breathing

Tarikan terbaharu ini adalah lokasi yang tepat untuk anda menghayati pemandangan pesisiran pantai yang menakjubkan!

Pada awalnya, ia merupakan kawasan laluan keretapi yang ditutup di Donghae Nambu Line tetapi kini dihidupkan (rebranding) sebagai Haeundae Blueline Park. Haeundae Bluelink Park merupakan kemudahan pelancongan utama yang dibangunkan serta dijadikan bandar pelancongan antarabangsa.

Antara tarikan utama di sini adalah pengembaraan romantis menaiki keretapi, Haeundae Beach Train yang menghubungkan Stesen Mipo, Cheongsapo dan Songjeong. Selain itu, Haeundae Sky Capsule turut ditawarkan (masih belum beroperasi).

Pelancong ditawarkan perjalanan keretapi persiaran sejauh 4.8 kilometer melalui pantai Haeundae yang indah, kawasan taman yang mesra alam sambil disajikan pemandangan pesisiran pantai Busan Timur yang mempesonakan.

Bayangkan, daripada kawasan perindustrian yang tidak beroperasi diubahsuai dengan eleman pemuliharaan alam dan kemudian dibangunkan semula menjadi daya tarikan pengembaraan sepanjang pantai seperti Beach Train dan Sky Capsule.

Jangan lepaskan peluang menjadi antara pelancong terawal mengunjungi Haeundae Blueline Park usai pasca COVID-19.

Busan
Where blue sky and sea are breathing

“Traveling is not something you’re good at, it’s something you do. Like breathing. Let’s travel to Busan”


Info & Trivia Menarik

  • Tempoh tunggangan Beach Train mengambil masa kira-kira 50 minit dari Haeundae ke Songjeong melalui Cheongsapo.
  • Ia adalah kereta api mesra alam pertama yang menggunakan ‘battery charging’ di Korea & had laju maksima 15 km/jam.
  • Perkhidmatan itu akan beroperasi setiap 30 minit pada hari kerja & setiap 15 minit pada hujung minggu mahupun musim cuti (peak season).
  • Pembelian tiket ditawarkan secara sehala, pergi & balik mahupun trip perjalanan berkumpulan.
Busan
Beach Train mengambil masa kira-kira 50 minit dari Haeundae ke Songjeong melalui Cheongsapo
Busan
Antara tarikan utama di sini adalah pengembaraan romantis menaiki keretapi

3 – Busan X the Sky – Observe sea above the sky

Tarikan terbaharu ini terletak di menara ikonik Haeundae LCT The Sharp Landmark Tower – bangunan kedua tertinggi di Korea (411.6m).

Busan X the Sky menawarkan dek pemerhati kepada pengunjung di aras 98 hingga 100. Anda berpeluang melihat laut Haeundae yang terbentang luas serta pemandangan bandar Busan yang indah lagi mengasyikkan. Kedua-duanya dapat dihayati bersama sekiranya anda mengunjungi menara ikonik itu.

Selain mercu tanda terkenal dunia seperti Gwangan Bridge dan Marine City di Busan, pelancong berpeluang meninjau dan merekod peredaraan masa (time lapse) dari siang ke malam di sini.

Ianya antara daya tarikan yang menepati citarasa pengembara masa kini yang gemar merakamkan momen serta foto hiasan latar (landscape photography).

Buat mereka yang berani mahupun ingin mencabar diri, titian berjalan kaca telus (transparent) yang digelar “Shocking Bridge” bakal memberikan anda perspektif pemandangan Haeundae dari sudut atas yang luar biasa.

Kalau datang ke bandar ini, jangan lupa naik ke dek pemerhati di Busan X the Sky.

Busan
Busan X the Sky

Info & Trivia Menarik

  • Busan X the Sky menawarkan balai cerap (dek pemerhati) yang merupakan bangunan pencakar langit kedua tertinggi di Korea.
  • Ia dilengkapi X the Photo zone (bergambar dengan pemandangan), X the souvenir (cenderamata), X the Lounge (makan & minum).
  • Waktu operasi: Ahad-Jumaat dari 10 pagi-10 malam, Sabtu dari 10 pagi – 11 malam (tertakluk perubahan).
  • Tiket terakhir: Ahad-Jumaat pada 9.30 malam, Sabtu pada 10.30 malam.
  • Bayaran masuk: Dewasa 27 ribu Won (RM100), kanak-kanak & warga emas 24 ribu Won (RM89).
  • Kategori umur: Dewasa dari 13-64 tahun, kanak-kanak 3-12 tahun & warga emas 65 tahun ke atas. Masuk adalah percuma untuk kanak-kanak bawah 2 tahun.
  • Alamat: LCT The Sharp Landmark Tower 1-2F, 98-100F,30, Dalmaji-gil, Haeundae-gu, Busan.
Busan
Pelancong berpeluang meninjau dan merekod peredaraan masa (time lapse) dari siang ke malam di sini
Busan
Shocking Bridge
Busan
Busan View Space - Let's Visit Busan

Keunikan dan keindahan landskap muka bumi Busan sentiasa menanti kunjungan anda. Semoga ‘luka’ COVID-19 ini berjaya dirawat agar kita mampu mengembara semula ke luar negara.

Seandainya hati sudah terdetik merindui Korea Selatan, jangan lupa bookmark bacaan ini serta jadikan artikel “Busan Destinasi Unik & Kaya Landskap Bumi – Ini 3 Tarikan Terbaharu Patut Anda Lawati” sebagai panduan untuk melawat beberapa produk pelancongan terkini yang ditawarkan di Busan.

Let’s Visit Busan! Gamsahamnida, Najung-e boja!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!