3 Tips Keselamatan Ketika Mendaki Gunung
Share

Sekarang banyak kes yang melibatkan orang tercedera ketika mendaki gunung. Ini mungkin disebabkan mereka tidak mengamalkan atau mengikuti tips keselamatan dan garis panduan ketika mendaki gunung.
Gunung merupakan satu tempat yang seronok untuk di daki dan aktiviti tersebut sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kita.
Tetapi ramai yang mengendahkan keselamatan ketika di sana kerana ia merupakan tempat yang agak asing bagi manusia kerana strukturnya yang berbatu dan hidupan liar yang kita tidak tahu hidup di gunung-gunung tersebut.
Ikuti tips-tips keselamatan ini yang mungkin berguna bagi mereka yang masih berjinak-jinak hendak mendaki gunung.
1. Persiapan Yang Betul
Pastikan anda sentiasa berjalan secara berpasangan atau berkelompok dan berjalan di atas rentis yang telah disediakan. Ini bagi mengelakkan tiada perkara buruk terjadi dan jika berlaku ada orang yang boleh menolong.
Sentiasa memakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti anda kerana di gunung terdapat pelbagai jenis serangga yang kita tak tahu adakah ia selamat dan tidak berbisa, disamping menggelak dari terkena gigitan pacat.
Sediakan juga segala peralatan mendaki yang sesuai dan betul. Jangan abaikan perkara ini kerana peralatan tersebut dapat membantu anda ketika dalam kesukaran.
Sebolehnya janganlah berpecah dari kumpulan atau pasangan anda, jika anda tersesat atau tersilap jalan tanpa sengaja, cuba bertenang amalkan STOP:
S: Berhenti (Stop)
T: Fikir (Think)
O: Perhati (Observe)
P: Rancang (Plan)
2. Iklim Dan Cuaca
Cuba belajar sedikit ilmu mengenai cuaca di sesebuah tempat kerana ianya penting untuk perjalanan aktiviti anda. Kita tidak tahu adakah waktu kita mendaki itu merupakan waktu yang sesuai untuk mendaki kerana takut waktu tersebut merupakan musim hujan.
Jadi rancang sebaiknya agar anda tidak menyesal dan boleh bersedia jika perkara tidak dijangka berlaku.
3. Kesihatan
Pastikan anda membuat persediaan fizikal sebelum ingin memulakan aktiviti endaki gunung kerana ianya memerlukan kekuatan ketahanan stamina yang agak tinggi.
Anda boleh melakukan latihan jogging, berbasikal ataupun bersenam bagi meningkat gaya tahan badan anda. Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa berfikiran positif bagi menguatkan mental anda.
Jika anda mempunyai masalah pernafasan, sebolehnya sediakan alatan pernafasan yang betul atau elakkan mendaki gunung yang agak tinggi atau lasak dan dapatkan nasihat dari doktor anda.
Sediakan bekalan ubat yang mencukupi dan yang ssuai mengikut keadaan anda. jangalah bawak ubat yang merepek dan tidak berguna kerana ianya hanya membuat beg anda penuh.
Itu antara tips yang berguna untuk mereka yang cuba mendaki gunung. Di Malaysia kita mempunyai banyak gunung yang boleh didaki dan dilawati jadi jangan ketinggalan. Amalkan keselamatan yang betul dan pastikan anda menjaga diri ketika mendaki gunung.
[Sumber: Kelab Orang Hutan Malaysia]