4 Etika Bilik Penginapan Yang Perlu Anda Lakukan - Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Isu Stay In

4 Etika Bilik Penginapan Yang Perlu Anda Lakukan

Avatar
Share

Setiap kali bila kita melancong atau bercuti ke tempat orang, sudah pasti menempah bilik penginapan baik hotel, homestay, asrama, chalet, villa dan sebagainya.

Tidak dinafikan, setiap tetamu bilik penginapan adalah berbeza-beza. Meskipun begitu, masih terdapat segelintir yang kurang kesedaran sivik. Termasuklah yang suka melanggar peraturan bilik penginapan yang dikunjungi.

Tahukah anda bahawa terdapat nilai etika yang perlu dilakukan semasa check-in atau check-out?

Bilik Penginapan

Buat Bilik Sesuka Hati

Kebiasaannya waktu yang diperuntukkan untuk mengemas bilik mengikut kualiti yang ditetapkan sekitar 15 hingga 20 minit, tapi bayangkan jika keadaan bilik ditinggalkan begitu teruk, masa yang diperlukan mungkin lebih daripada setengah jam.

Keadaan bilik bukan sahaja teruk dengan perabot yang dialih sesuka hati, tetapi sampah dan sisa makanan dibuang di merata tempat.

Dalam keadaan yang sedemikian, sudah sudah pasti pekerja perlu bekerja sepantas yang mungkin terutamanya ketika musim cuti sekolah, hari minggu mahupun cuti awam berikutan permintaan bilik hotel yang tinggi pada masa itu.

Belum lagi jika didapati penginap melakukan aktiviti memasak dalam bilik penginapan, bau dan sisa yang melekat di dinding dan barang hiasan perlu dibersihkan dahulu oleh pekerja.

Kita perlu mengelak dari melakukan aktiviti yang mengganggu urusan pekerja serta penginap lain yang mungkin terpaksa menunggu lama kerana bilik perlu dikemaskan untuk waktu yang lama.

Bilas Gelas

Selalunya di hotel akan disediakan 2 buah gelas di dalam tandas dan 2 cawan bersama set minuman.

Sebelum menggunakan barangan ini, eloklah dibilas dahulu. Jangan terus guna. Sama juga jika hotel sediakan cerek, bilas dahulu. Kemudian gunalah seperti biasa. Ini bagi meningkatkan lagi kebersihan peralatan yang anda akan gunakan.

Kemas Bilik

Kenapa perlu kemas bilik sedangkan kita bayar? Tidak ada salahnya melakukan hal sekecil ini jika ia mampu membantu pekerja hotel membersihkan bilik berkenaan untuk tetamu lain.

Sebelum meninggalkan bilik hotel, elok jika anda kumpul semua tuala, kain kecil atau jubah mandi yang telah dipakai pada suatu tempat atau letak di atas lantai yang kering.

Ini bagi memudahkan pekerja hotel untuk mengutip kain tersebut untuk mencucinya. Jangan longgok dan sidai di kerusi kerana ini boleh merosakkan perabot hotel.

Misalnya lap meja jika ada teh atau kopi yang tumpah. Juga buanglah sampah pada tempatnya. Termasuk di bilik hotel. Jangan biarkan bungkusan makanan berselerak di mana-mana.

Kebiasaan bagi perempuan yang mempunyai rambut gugur ketika mandi di bilik air, pastikan gumpalan rambut yang gugur dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah.

Letak Barang Ke Tempat Asal

Antara barangan yang paling kerap bertukar tempat dalam bilik penginapan adalah remote control TV dan juga kerusi.

Kembalikan barang-barang tadi ke tempat asalnya seperti ketika anda masuk buat kali pertama di dalam bilik tersebut.

Jika dalam masa terdekat ni ada nak menginap di mana-mana, ingatlah 4 etika ini ya.

Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!