);

Type to search

Backpackerz Feast

4 Lokasi Wajib Ada Dalam Senarai ‘Food Hunting’ Anda Jika Datang Ke Pulau Pinang

Share

Pulau Pinang pasti tidak terlepas menjadi senarai lokasi yang menjanjikan syurga makanan buat anda.

Sebut sahaja tentang Pulau Mutiara, pasti terbayangkan hidangan signature-nya iaitu nasi kandar.

Kebanyakan kedai makanan di Pulau Pinang yang tular terlalu mainstream, apa kata anda cuba 5 lokasi makan yang cukup popular bagi orang Penang. 

I am raw html block.
Click edit button to change this html

Nasi lemak Ali, Beach Street

Gerai Nasi lemak Ali ini menyediakan pelbagai variasi nasi lemak seperti bilis telur, udang, ikan dan sotong, tinggal pilih sahaja mengikut kesukaan anda

Apa yang menariknya disini, anda boleh melihat sendiri proses membalut nasi lemak yang masih menggunakan daun pisang.

Deretan nasi lemak panas yang memukau ditambah pula aroma daun pisang pasti membuka selera anda, beli satu mesti tak cukup! 

Walaupun begitu, fair warning kepada mereka yang kurang gemar makanan pedas kerana tahap pedasnya 4/5, senang cerita eat at your own risk.

Kedai ini juga tidak putus dengan pelanggan, jangan hairan jika anda perlu beratur sebelum dapat membeli nasi lemak tersebut.

Ali Nasi Lemak Daun Pisang

Waze: Sri Weld Food Court, Beach Street, George Town

Waktu operasi: 7.00 pagi – 4.00 petang

Harga: RM1.50-RM1.70

Gerai Kak Ely

Gerai Kak Ely sesuai bagi anda yang menggemari makanan laut segar terutamanya ketam dan udang.

Landmark utama adalah Nurul Ikan bakar, anda perlu melalui lorong kecil hingga ternampak jeti kecil.

Menu paling popular adalah Mee Ketam, Ketam Masak Merah, Ayam Penyet dan Nasi Bawal.

Rasa manis ketam terasa dalam setiap suapan, ayam penyet pula ditutupi dengan sambal kicap cili dan bawang dimakan bersama nasi panas.

Selepas kenyang anda boleh luangkan masa bergambar di jeti bersebelahan gerai dengan berlatarbelakang Jambatan Pulau Pinang Pertama.

Gerai Kak Ely

Waze: Nurul Ikan Bakar (landmark)

Waktu operasi: Isnin (cuti), Selasa-Sabtu (11.00 pagi – 8.00 malam), Ahad (7.00 pagi – 2.00 petang)

Waktu cadangan: 2.00 petang dan kebawah

Harga: Rm10 dan ke atas

Fried Banana Cheese Caramel Muscle

Tidak ramai yang mengetahui bahawa setiap petang, terdapat banyak food truck di kawasan bersebelahan susur keluar jambatan kedua Pulau Pinang.

Banyak pilihan makan yang boleh dicuba, tetapi yang paling best sudah pastinya pisang cheese.

Antara menu popular adalah pisang cheese coklat, nachos dan mac & cheese.

Harga setiap menu adalah tetap dan abang food truck ini sangat pemurah, hampir melimpah keluar coklat urai yang diletakkan dalam pisang cheese coklat.

Fried Banana Cheese Caramel Muscle

Lokasi: Tapak sebelum susur keluar jambatan kedua dari arah zon perindustrian

Instagram: friedbananacheese

Harga: RM10

Adik Nasi Ayam

Selalu nasi kandar sahaja yang ada rasa rempah , nasi ayam di gerai ini juga mempunyai sedikit hint rasa rempah.

Rasa rempah yang tidak begitu kuat menjadikan nasi tersebut terasa lebih sedap, digabung pula dengan ayam yang disiram kicap buatan sendiri.

Dua jenis sos disediakan untuk setiap pesanan dan rasanya tidak begitu pedas, melengkapkan rasa nasi ayam tersebut.

Terdapat pelbagai pilihan menu iaitu nasi ayam biasa hingga ke special, apa yang membezakannya adalah portion nasi dan ayam yang banyak.

Anda perlu beratur untuk memesan nasi ayam kerana gerai ini cukup sesak pada waktu makan tengah hari, kalau boleh elakkan datang masa lunch time.  

Adik Nasi Ayam, Jelutong

Waze: Caltex Jelutong (landmark)

Waktu operasi: 10.00 pagi – 6.00 petang (Ahad tutup)

Harga: Rujuk gambar

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!