4 Sebab Kenapa Bidai Tingkap Penumpang Perlu Dibuka Sebelum Pesawat Mendarat - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Airlines Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

4 Sebab Kenapa Bidai Tingkap Penumpang Perlu Dibuka Sebelum Pesawat Mendarat

Share
  • Krew kabin dilatih untuk mendapatkan semua orang keluar dari pesawat dibawah 90 saat jika diperlukan (kecemasan).
  • Membiarkan lebih cahaya masuk/menerangi bahagian dalam kabin adalah idea yang baik sekiranya berlaku kebocoran/apa-apa jenis asap.
  • Dengan bantuan tersebut, menjadikan keadaan lebih terjamin untuk semua orang dalam kapal terbang.

Bagi korang yang kerap melancong ke luar negara atau selalu naik kapal terbang, mungkin sudah menjadi kebiasaan dengar arahan krew kabin, “Sebelum pesawat mendarat, sila pastikan penghadang/tirai tingkap anda dinaikkan”.

Kadang-kadang penulis perhatikan, ada juga segelintir penumpang yang duduk tepi tingkap mengabaikan arahan ringkas itu.

Baik, mungkin selepas penerangan dari pakar penerbangan John Walton ini, korang akan lebih prihatin.

Penumpang tepi tingkap perlu bertanggungjawab

Kenapa perlu menaikkan bidai tingkap sebelum pesawat mendarat?

Ia bukan hanya memberi korang pandangan luar yang lebih baik sewaktu pendaratan, terdapat faedah sampingan yang membantu semua penumpang daripada aspek keselamatan.

Menurut John Walton, dengan membuka penutup tingkap pesawat, para penumpang akan memberi masa kepada mata untuk menyesuaikan dengan keadaan cahaya di luar pesawat.

Ibarat macam korang kawal setting brightness dalam telefon atau komputer mengikut kesesuaian semasa.

Sebab kedua adalah membantu krew kabin meninjau situasi di luar pesawat. Mudah kata, bantuan korang membuka tirai tingkap akan memberikan visual keseluruhan tentang apa yang berlaku di luar kapal terbang seandainya berlaku sebarang masalah atau kecemasan.

Visual luar amat penting untuk krew kabin
Memudahkan petugas lakukan proses pembersihan

Oleh itu, peranan penumpang juga penting dalam memastikan keselamatan sesebuah pesawat tidak kira di udara mahupun setelah mendarat.

Korang adalah ‘mata tambahan’ kepada petugas anak kapal jika berlakunya sesuatu yang tidak diingini, jadi penumpang tidak sepatutnya mengabaikan arahan ringkas ini, “Before landing, please ensure that your window blinds are open“.

Jika difikirkan, betul juga teori-teori ini sebab kebiasaannya tempat duduk krew kabin menghadap ke belakang dan terlindung daripada pemandangan luar.

Bertindak sebagai 'mata tambahan'

Faedah tambahan

  • Setelah semua bidai tingkap dibuka, ia membantu petugas periksa keadaan sayap pesawat dengan lebih mudah untuk persediaan penerbangan seterusnya.
  • Lebih mudah & menjimatkan masa untuk krew membersihkan tingkap yang mempunyai kesan cap jari-jari melekit, kotor dan sebagainya.

Sumber: John Walton adalah seorang wartawan penerbangan antarabangsa yang menyumbang artikel di Lonely Planet.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!