4 Taktik & 'Helah' Telco Perlu Dielakkan Ketika Di Mekah & Madinah Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider Isu

4 Taktik & ‘Helah’ Telco Perlu Dielakkan Ketika Di Mekah & Madinah

Share

Ramai para jemaah Umrah yang tertanya-tanya, apakah keputusan terbaik untuk kekal berkomunikasi dengan insan tersayang sama ada di Malaysia mahupun berinteraksi sesama jemaah di Arab Saudi. Kalau hilang dekat sana, senang sikit nak cari kalau kita kekal berhubung antara satu sama lain.


Hal yang tidak dapat dinafikan, sesetengah jemaah Umrah juga tidak melepaskan peluang mengemaskini platform media sosial untuk berkongsikan saat manis mengerjakan umrah pada kenalan rapat, jiran mahupun komuniti setempat.

Al Masjid an Nabawi, Medina

Baik, pertama sekali BackPackerz senaraikan taktik dan helah yang perlu korang elakkan apabila berurusan dengan telco sewaktu mengerjakan Umrah.

BIL ROAMING MAHAL

1 – Disebabkan berada di tanah asing, golongan yang mengerjakan Umrah pastinya terdedah dengan bahaya kejutan bil perayauan (roaming) jika tidak peka. Cara ini memang dah selalu terjadi kepada bakal haji mahupun umrah.

Kebiasaannya, masalah ini terjadi pada jemaah yang lebih berusia (warga emas) yang mana hanya ingin fokus pada ibadah. Secara tiba-tiba, ingin buat panggilan atau menggunakan data internet, caj yang dikenakan oleh telco mungkin tidak disedari. Tahu-tahu balik Malaysia, bil telefon melambung dan sebagainya.

Bil melambung tanpa disedari

HANYA DATA INTERNET / PANGGILAN

2 – Terdapat dua tawaran jenis kad sim iaitu satu untuk data internet, satu lagi untuk panggilan, korang boleh dapatkan di airport mahupun telco centre, cuma harga sekitar RM100-RM150 untuk data 5G hingga 10G (harga mungkin berubah-ubah). Tawaran tersebut diasingkan mengikut kategori – data internet sahaja atau panggilan sahaja. Jadi, siapa lebih bijak? Jadilah pengguna yang pintar.

Local SIM card - Internet or call?

BELI KAD SIM TANPA TAHU DATA

3 – Cara yang terakhir ini agak licik, sesiapa sahaja boleh terkena. Berdasarkan pengalaman seorang kenalan, Ary yang mengerjakan umrah pada bulan Jun lalu. Beliau berdepan situasi dimana setelah keluar dari airport Jeddah, dirinya didatangi pak arab yang meminta passport tanpa memberitahu pucuk pangkal. Faktor pertama mungkin bahasa percakapan yang sukar difahami.

Bagi individu yang ‘blur’ sebab baru sahaja sampai di airport, mereka akan terus bagi passport, konon-konon geng pak arab ini tolong daftarkan telco dan beri kad sim. Caj yang dikenakan 100 Saudi Riyal untuk satu kad sim tempatan (mungkin berubah), dimana korang pun tak tahu berapa plan data yang diberikan. Taktik ini sering digunakan pada para jemaah warga emas yang kurang arif mengenai perkara tersebut.

Antara pengalaman pembeli kad sim di Airport Jeddah
Antara pengalaman pembeli kad sim di Airport Jeddah

PENYELESAIAN

Kalau bakal umrah berstatus warga emas, disarankan untuk korang sebagai anak beritahu ibu ayah agar minta tolong jemaah lebih muda untuk bantu belikan kad sim di sana.

Banyak kes warga emas yang dah beli kad sim dekat sana tetapi masih tak dapat guna atau line tidak aktif. Ini gara-gara taktik ‘licik’ pembekal mahupun penjual di sana yang ambil kesempatan terhadap golongan berumur ini.

Taktik ini sering digunakan pada para jemaah warga emas yang kurang arif mengenai bab ini.

SOLUSI TERBAIK

Langkah terbaik adalah korang boleh sediakan kad sim tersebut lebih awal iaitu semasa di Malaysia lagi. Hah, mesti korang tertanya, wujud ke kad sim lokal yang mampu menyediakan internet mahupun panggilan antarabangsa selain aktifkan roaming?

Meh BackPackerz nak kongsikan satu jenama telco yang tidak asing lagi dalam travel industry iaitu Hello1010 – Malaysia’s Largest Online Travel Sim Card Store.

Terkini, Hello1010 menyediakan satu kad sim khusus untuk Saudi Arabia UMRAH Travel Prepaid SIM Card. Korang pasti akan menikmati sambungan data berkelajuan tinggi dengan liputan terbaik yang meliputi seluruh Arab Saudi; Riyadh, Jeddah, Mekah, Madinah dan semua bandar-bandar lain.

Untuk memastikan korang dapat menikmati sambungan data setiap hari dalam tempoh 15 hari, data kelajuan tinggi 350MB akan diperbaharui setiap hari mengikut waktu Malaysia GMT +8.

Lepas itu, kalau dah habis 350MB macam mana pula? Hah, jangan risau kerana apabila kuota data berkelajuan tinggi itu digunakan, kelajuan akan diperlahankan ke 128kbps data tanpa had. Ini bermaksud, korang masih boleh guna internet secara minimum. Simple!

Saudi Arabia UMRAH Travel Prepaid SIM Card - Hello1010

ADAKAH KAD SIM INI BOLEH BUAT PANGGILAN?

Sudah tentu, kad sim Hello1010 UMRAH Travel Prepaid menyediakan 30 minit panggilan dan menerima kredit, korang boleh hubungi sesiapa sahaja di Arab Saudi. Ini berguna semasa waktu kecemasan, panggilan penting dan sebagainya.

Selain itu, kredit panggilan boleh digunakan untuk call ke Malaysia dan berhubung dengan keluarga mahupun orang tersayang. Kad sim ini tidak memerlukan pendaftaran dan korang boleh insert di Malaysia sebelum terbang. Cuma, tempoh penggunaan bermula sebaik sahaja korang menggunakan kad dan pengesahan berdasarkan waktu Malaysia GMT +8.

KELEBIHAN: Dengan kad sim Hello1010 UMRAH Travel Prepaid ini, korang boleh nikmati akses internet dengan segera sebaik sahaja menjejakkan kaki di Arab Saudi. Selain itu, bagi warga emas, mereka tidak perlu beratur panjang, bersesak atau berebut untuk proses pendaftaran yang ‘tricky’ dan membosankan di lapangan terbang.

kad sim Hello1010 UMRAH Travel Prepaid menyediakan 30 minit panggilan dalam Arab Saudi / ke Malaysia

PALING PENTING: Hello1010 menawarkan ‘Money Back Guarantee‘ kerana semua kad sim prabayar perjalanan yang dijual disokong oleh terma ‘Janji Kami’ untuk menyampaikan kad sim terbaik dan perkhidmatan pelanggan kepada pengguna. Baca lebih lanjut mengenai dasar ‘Janji Kami’ di sini: www.hello1010.my/our-promise

Pendek kata, banyak trick atau ‘muslihat’ yang korang boleh elakkan semasa membuat pilihan membeli kad sim atau telco semasa mengerjakan Umrah. Beli siap-siap kad sim Hello1010 di Malaysia, bila sampai Arab Saudi, boleh terus guna dan aktifkan. Pepatah melayu ada menyebut, sediakan payung sebelum hujan. Bagi korang yang berminat nak tahu mengenai kad sim ini, boleh tekan link ini – Saudi Arabia UMRAH Travel Prepaid Hello1010

Hello1010 Travel Features

Saudi Arabia UMRAH Travel Prepaid SIM Card

  • High speed 350MB data refreshed daily*
  • Using Mobily/Zain/STC 4G network
  • Data refresh and plan validity are based on Malaysia Time +8GMT
  • Valid for 15 days upon using
  • No registration required
  • Supports Hotspot
  • Total 30 mins calls/receive in Saudi Arabia and Malaysia
  • Cannot top up credit
  • SIM Card expiry 31st Dec 2019
  • SIM Fits All Phone – nano, micro & standard size
  • Only RM88
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!