4 Tarikan Baharu di Taman Negeri Rompin, Destinasi Pelancongan Eko di Pahang - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Adventure Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

4 Tarikan Baharu di Taman Negeri Rompin, Destinasi Pelancongan Eko di Pahang

Avatar
Share
Rompin
  • Prapembukaan Taman Negeri Endau Rompin telah bermula sejak Ogos lalu sehingga 30 September ini.
  • Taman Negara Endau Rompin (TNER) terletak dalam kawasan Hutan Simpan Endau-Rompin yang ditutup selama tiga tahun.
  • Bagi memelihara kelestarian taman negeri, polisi ‘No Bag Plastic’ bakal dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Pahang & operator lantikan.

Penantian selama hampir empat tahun akhirnya sempurna.

Taman Negeri Rompin merupakan antara hutan hujan tropika tertua di dunia bakal menerima kemasukan pelancong mulai 1 Oktober ini.

Buat pengetahuan anda, Taman Negeri Rompin (TNR) sebelum ini dikenali sebagai Taman Negeri Endau-Rompin telah ditutup sejak 2017 sehingga 2020 bagi tujuan menaik taraf.

Rompin
Terletak kira-kira 35 km dari bandar Rompin

Dianggarkan berusia lebih 130 juta tahun, TNR menawarkan destinasi ekopelancongan menepati kepuasan pengunjung tempatan yang cintakan alam semula jadi.

Hutan di taman negeri ini dikelaskan sebagai hutan tropika tanah pamah malar hijau. (sumber)

Bayangkan, lokasi Taman Negeri Rompin terletak 180 km dari Kuantan, namun masih menjadi buruan dalam kalangan pelancong luar kerana ciri hutannya yang menarik.

Bukan hanya keindahan semula jadi semata-mata, TNR menawarkan 1001 pengalaman percutian merangkumi flora dan fauna, geologi dan sejarah.

Taman Negeri Rompin
Taman Negeri Rompin, Pahang

Antara tarikan lain adalah hutan asli yang sukar ditemui di kawasan lain, selain turut menempatkan Air Terjun Seri Mahkota.

Pendek kata, kalau ada tarikan air terjun mesti jadi plus point untuk lokasi tu menarik kehadiran pengunjung.

Hidupan Liar

Sekiranya bernasib baik, pelawat berpeluang melihat beberapa jenis burung hutan termasuk binatang liar yang kebiasaan muncul di gigi air pada waktu malam.

Pengunjung tempatan dan pelancong asing akan dikenakan fi masuk mengikut kadar baharu yang ditetapkan.

Bayaran antara RM10 dan RM30 bagi pelawat tempatan mengikut kategori usia manakala pelancong luar RM30 dan RM50. Pengunjung OKU bagi kedua-dua kategori dibenarkan masuk percuma.

Rompin
Hutan yang dikelaskan sebagai hutan tropika tanah pamah malar hijau
Rompin
Antara spesies burung

“Pembukaan semula Taman Negeri Rompin diharapkan dapat meningkatkan aktiviti ekopelancongan di sini, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk setempat, seperti sektor inap desa, makanan tradisional, penghasilan kraftangan dan pemandu pelancong” – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail


Rompin
Shazni Shazwani yo! Foto/Tourism Pahang

Penulis menjangkakan rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan destinasi dalam negara yang lengkap dan menarik untuk bercuti ekoran pandemik Covid-19.

Kerajaan negeri akan berusaha meningkatkan kemudahan komunikasi di taman negeri itu, selain turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf jalan masuk demi keselesaan pengunjung.

Senang cerita, anda perlu memanfaatkan peluang yang ada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini.

Lawatan ke Taman Negeri Rompin bakal memberikan anda pengalaman mengamati khazanah alam semula jadi seperti pokok balak, herba, tarikan riadah air seperti jeram, air terjun dan sungai seterusnya menghirup udara segar!

Rompin
Kawasan campsite di Taman Negeri Rompin
Rompin
Air Terjun Mahkota

Top 4 Tarikan Menarik Taman Negeri Rompin

  1. Sungai Kinchin – Nikmati air jernih (crystal) yang mengalir di sebelah Kinchin Base Camp.
  2. Rainforest Discovery Centre – Pengunjung berpeluang belajar tentang keajaiban Taman Negeri Rompin serta flora dan fauna yang terdapat di taman.
  3. Laluan Kanopi & Menara Tinjau – Nikmati pemandangan sungai Kinchin yang indah semasa anda melintasi jambatan kanopi 80 m dan mendaki hingga 15 m ke menara tinjau.
  4. Air Terjun Mahkota – Pengunjung akan disajikan air terjun setinggi 50 meter yang terletak pada jarak dekat dengan pintu depan masuk ke Taman Negeri Rompin.

Rompin
Sungai Kinchin
Rompin
Jambatan Gantung Kanopi
Rompin
Menara Tinjau

INFO

  • Terletak kira-kira 35 km dari bandar Rompin.
  • Kapasiti kawasan ini mampu memuatkan 1000 orang pada satu masa.
  • Taman Negeri Rompin sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkhemah, jogging & trekking.
  • Endau Rompin Park Resort Sdn Bhd selaku operator dilantik bersetuju untuk melaksanakan polisi ‘Tiada Beg Plastik’.
  • Antara infrastruktur yang dinaik taraf adalah jambatan gantung, menara tinjau, dewan serbaguna, makmal penyelidikan, cabin chalet & chalet atas pokok.
  • Kemudahan asas seperti pondok rehat, surau, tandas/bilik persalinan, papan tanda, tong sampah, asrama, chalet, dewan makan & tapak perkhemahan disediakan.
  • Layari Facebook rasmi Taman Negeri Romping atau website rasmi – Endau Rompin

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran di Kedah? Tak perlu risau, Langkawi kekal zon hijau – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!