Tinjauan: 44% Rakyat Malaysia Mahu Bercuti Dalam Tempoh 3 Bulan Akan Datang, Tertinggi Di Dunia );

Type to search

Backpackerz Insider

Tinjauan: 44% Rakyat Malaysia Mahu Bercuti Dalam Tempoh 3 Bulan Akan Datang, Tertinggi Di Dunia

Share
44% rakyat Malaysia mahu bercuti

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan baru sahaja dilaksanakan di beberapa kawasan, itu tidak menghalang rakyat Malaysia untuk terus menyimpan hasrat untuk bercuti dalam tempoh terdekat ini.

Sebuah tinjauan yang dilakukan oleh Finder.com mendapati sebanyak 44% rakyat negara ini bercadang untuk bercuti dalam tempoh tiga bulan akan datang, jumlah yang tertinggi di dunia.

Menurut Finder’s Travel Index, angka tersebut mencatat kenaikan berbanding 38% pada Februari dan 39% pada Mac lalu.

Dalam tinjaunan tersebut, 31% bercadang untuk bercuti di dalam negara pada Mei, Jun atau Julai, manakala 18% berhasrat untuk di luar negara dalam tempoh berkenaan.

Mereka yang bercadang untuk bercuti di dalam dan luar negara pula adalah sebanyak 5%.

Jumlah tersebut meningkat berbanding ketika tinjauan dilakukan bagi bulan April, Mei dan Jun yang menyaksikan 28% mahu bercuti secara domestik manakala 15% ke destinasi antarabangsa.

Editor di Finder, Angus Kidman berkata ini adalah bulan kedua berturut-turut Malaysia berada di tangga teratas dalam tinjauan berkenaan.

Daripada 19 negara yang terlibat, tiga negara yang berada di tangga teratas dalam tinjauan berkenaan adalah Malaysia, diikuti dengan India (41%) dan Filipina (39%).

Berikut adalah senarai penuh tinjauan tersebut:

Sumber: Finder
Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!