5 Lokasi Melihat Bintang di Asia - Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Tips

5 Lokasi Melihat Bintang di Asia

Share

Dari puncak tertinggi didunia hingga padang pasir gersang dan terpencil, Asia mempunyai semua bentuk muka bumi serta iklim yang baik untuk aktiviti teroka bintang yang sempurna. Tetapi bukan semua kawasan sesuai untuk melihat bintang seperti bandar berpenduduk padat, Shanghai dan Bangkok yang menyebabkan kesukaran untuk melakukan aktiviti ini.

Berikut adalah lima destinasi melihat bintang terbaik di Asia.

Bintang

Taman Ekologi Yeongyang, Korea Selatan

Pada tahun 2015, Yeongyang Firefly Eco Park Korea Selatan menjadi Taman Langit Gelap pertama di Asia. Pensijilan yang diterima dari ‘International Dark Sky Association’ yang menjamin pencemaran cahaya rendah dan keadaan bintang yang ideal.

Taman langit gelap ini terletak di Kawasan Perlindungan Landskap Ekologi Lembah Sungai Wangpi di timur Korea Selatan, kira-kira empat jam perjalanan dari Seoul. Populasi berdekatan Taman Ekologi Yeongyang yang kecil ini bermaksud pencemaran cahaya minimum dan menghasilkan langit yang jernih. Taman ini juga menjadi lokasi perlindungan berjuta-juta kunang-kunang bersinar, yang memerlukan kegelapan untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Gunung Hehuan, Taiwan

Ketinggian tinggi dan lokasi terpencil menjadikan Gunung Hehuan setinggi 11,200 kaki sebagai salah satu destinasi pemerhatian bintang terbaik di Taiwan. Taman Langit Gelap Antarabangsa ini merupakan yang pertama di Taiwan, terletak di Taman Nasional Taroko, dan sekitar dua jam perjalanan dengan kereta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taichung.

Pelancong boleh memandu atau mendaki Gunung Hehuan. Kerajaan Taiwan bersikap tegas berkaitan di mana pelancong boleh berkhemah bagi melakukan aktiviti pemerhatian bintang disitu. Beberapa tapak perkhemahan seperti tapak perkhemahan Heliu (di pintu masuk Lüshui Trail) dan tapak perkhemahan Lushui berhampiran (Dewan Pameran Geologi Lushui) dibuka untuk berkhemah.

Gurun Gobi, Mongolia

Langit biru yang konsisten dan ketinggian lebih dari 5000 kaki di atas permukaan laut menjadikan bintang mudah dilihat di seluruh Mongolia. Tetapi di Gurun Gobi, anda seperti berada di dunia lain, melihat bintang seperti berada di angkasa. Bentuk muka bumi gurun terbesar di Asia kelihatan seakan Marikh daripada Bumi, terutama ketika diterangi oleh cahaya Bima Sakti.

Three Camel Lodge, National Geographic Unique Lodge of the World, adalah salah satu tempat paling selesa untuk melihat bintang di Gurun Gobi dengan cuaca gurun yang tidak dapat diramalkan di rantau ini.

Teluk Lan Ha, Vietnam

Ketika kebanyakan pelancong mengunjungi Vietnam, mereka pasti berlayar atau berkayak di sepanjang pulau-pulau tinggi Teluk Halong. Tetapi, pernahkah anda ketahui aktiviti alternatif yang kurang terkenal tetapi sangat sesuai dilakukan iaitu memerhati bintang di Lan Ha Bay. Pelayaran kapal kecil membawa pelancong melalui Teluk Halong dan pergi ke Teluk Lan Ha yang tenang dan jernih selama dua malam yang penuh bintang.

Kawasan ini, sebahagian daripada Taman Nasional Cat Ba Vietnam, bukan hanya untuk penjelajahan air. Bas pelancongan dan feri membawa pelancong dari Hanoi ke rumah di hutan Pulau Cat Ba, di mana mereka dapat melihat ‘Stargaze’ dalam kesunyian.

Doi Chiang Dao, Thailand

Puncak tertinggi ketiga di Thailand, Doi Chiang Dao, juga dipanggil “kota bintang”. Ini adalah salah satu tempat paling gelap di negara ini. Pendakian setinggi 7,100 kaki ini (yang memerlukan pemandu arah) biasanya mengambil masa dua hari, satu malam di pegunungan Daen Lao di utara Thailand.

Laluan puncak dibuka dari akhir November hingga awal Mac, dengan perkhemahan dan pengembaraan bintang terbaik berhampiran puncak.

Sumber
Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!