5 Penginapan Tawar Pengalaman Unik Warisan & Rekreasi Alam Semula Jadi Di Malaysia - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz Stay In

5 Penginapan Tawar Pengalaman Unik Warisan & Rekreasi Alam Semula Jadi Di Malaysia

Avatar
Share
  • Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya, warisan dan sejarah berbilang bangsa.
  • Pengalaman penginapan yang unik menjadi keistimewaan untuk dinikmati tetamu di Airbnb.
  • Bagi melindungi kesihatan komuniti & masyarakat tercinta, Airbnb Experiences di beberapa wilayah dihentikan sementara kerana Covid-19.

Hari Malaysia sudah berlalu pergi, pandemik Covid-19 masih di sini. Tidak mengapa, anda teruskan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga akhir tahun ini.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bukan penghalang untuk anda Cuti-Cuti Malaysia. Masih terdapat banyak destinasi yang boleh diterokai disamping aktiviti menyeronokkan untuk dinikmati.

Usah kita pudarkan semangat bercuti dalam negara. Airbnb mempunyai beberapa inspirasi untuk percutian santai anda pada hujung minggu.

airbnb
Classic Heritage Loft House in KL

Terdapat pelbagai kediaman yang menakjubkan demi memberi kehormatan kepada warisan dan sejarah berbilang budaya Malaysia, serta beberapa Pengalaman menyeronokkan yang meraikan kepelbagaian budaya negara kita.

Penginapan – Budaya

1) 17BROGA- Rumah Panjang, Semenyih, Selangor

Inginkan percutian luar bandar tanpa perlu mengembara terlalu jauh dari bandar? Rumah ini menawarkan beberapa ciri rumah panjang tradisional Cina lama, yang dianggap sebagai khazanah yang jarang ditemui di Malaysia.

Dikelilingi persekitaran Broga Hills, Kuil Broga Sak Dato dengan Patung Dewa Raja Monyet, ladang sayuran, zoo mini (petting & educational) dan restoran ikan panggang yang terkenal di sini.

Carian – 17BROGA – Long House

2) Rumah Warisan, George Town, Pulau Pinang

Ingin memanjakan diri anda dengan percutian singkat di Pulau Pinang?

Tetamu boleh menginap di rumah kedai Pulau Pinang yang diubahsuai dengan cantik, dilengkapi dengan barangan antik dan perabot zaman dulu yang bergaya.

Menawarkan suasana tenang dan santai tetapi masih dekat dengan lokasi tarikan warisan George Town, restoran tempatan dan pasar.

Carian – Heritage Home George Town, Penang

3) Rumah Loteng Warisan Klasik, Kuala Lumpur

Sebagai penghormatan kepada rumah-rumah kayu lama di Malaysia yang indah, Rumah Loteng Warisan Klasik ini memberi tetamu peluang untuk merasai pengalaman tinggal di rumah bergaya tradisional yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Jangan lupa, pesan Malaysian breakfast untuk memulakan hari anda. Mesra keretapi, teksi, uber & bas.

Carian – Classic Heritage Loft House in KL

4) Rumah Panjang Gua Niah, Sarawak

Diberkati dengan keindahan alam semula jadi yang mengasyikkan, Sarawak adalah khazanah sebenar destinasi pelancongan yang kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi orang asli.

Manfaatkan sepenuhnya penginapan di rumah panjang Iban asli ini. Beramah mesra dengan penduduk setempat pasti menghiburkan anda.

Tarian Tradisional

Nikmati persembahan tarian tradisional sebagai penghormatan daripada hos jika anda berpeluang!

Temui tempat kelahiran peradaban di Gua Niah dan bermalam di Rumah Panjang Orang Asli Iban.

Carian – Niah Cave LongHouse Lot 17

Niah Cave Longhouse

5) Rumah Warisan (Muda Blue), George Town, Pulau Pinang

Pulau Pinang yang kaya dengan warisan sejarah dan bangunan pencakar langit moden, sememangnya merupakan tempat pertemuan budaya tradisi dan kemodenan.

Tetamu boleh menikmati keindahan dan sejarah yang mempersonakan ketika menginap di rumah warisan. 

Tapak UNESCO

Rumah warisan Muda Blue ini telah diperbaharui dan dilindungi dibawah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Dibina pada awal 1990-an, rumah ini cukup usang dan tidak sesuai didiami. Kerana semangat untuk memperbaharui bangunan dimana Muda Blue muncul, tuan rumah memulihkannya.

Carian – Stylishly Refurbished Heritage House (Muda Blue)

Pengalaman – Aktiviti

1) Rasai Kehidupan di Kampung Asli, Kuala Lumpur

Dibimbing oleh pakar tempatan, tetamu akan belajar cara membuat aksesori Semai dengan menggunakan teknik menganyam.

Diajar menembak menggunakan paip tiup pemburuan Semai tradisional, dan berenang di sungai berhampiran, sama seperti penduduk tempatan.

Namun, tuan rumah menghentikan sementara lokasi ini sehingga 30 September berikutan Covid-19.

Carian – Experience Life in a Native Village

2) Lawatan Sekitar George Town (Berjalan Kaki), Pulau Pinang

Alami Pulau Pinang dari perspektif yang berbeza dalam lawatan berjalan kaki berpandu bersama tuan rumah.

Terokai kawasan bersejarah berpusat George Town serta mengagumi bangunan kolonial yang menjadi tempat penganjuran banyak acara bersejarah di Pulau Pinang!

Terdapat lebih 10 lokasi yang memerlukan anda berjalan sambil mendekati warisan di Pulau Mutiara ini, so get ready!

Carian – History Walk Around George Town

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!