5 Perkara Dijangka Berlaku Dalam Sektor Pelancongan Selepas COVID-19
Share

Akibat pandemik COVID-19 melanda rakyat perlu membataskan pergerakan dan perlu mengamalkan Standard Operating Procedure (SOP) serta tidak boleh merentas negeri untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dijangkakan tahun 2021 jika keadaan kembali seperti biasa orang ramai akan memilih melancong dalam negara untuk melepaskan tekanan dan hilangkan rindu untuk bercuti. Jika dibenarkan untuk keluar bebas dan bercuti dalam negara, ini adalah lima perkara yang bakal berlaku.
Melancong Dalam Negara
Tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi, terdedah dengan warga asing dan bimbang dengan kadar jenayah di negara luar. Rakyat tempatan lebih mengenali destinasi hebat dalam negara yang bertaraf dunia. Melancong dalam negara adalah salah satu cara untuk membantu ekonomi pelancongan.
Melancong Untuk Hilangkan Stress
Tahun 2020 adalah tahun ‘duduk rumah’ dan kemungkinan besar tahun 2021 ramai yang memilih melancong sebagai aktiviti untuk menenangkan fikiran dan melakukan aktiviti luar bersama keluarga. Memancing, ski, berkemah adalah aktiviti yang menjadi pilihan orang ramai.
Lebih Hargai Alam Semula Jadi
Setelah lama terperap dalam rumah, pasti ramai yang rindukan kehijauan hutan, biru pantai dan pemandangan tenang dari gunung. Presiden dan Ketua Eksekutif Yayasan Taman Negara, Will Shafroth mengatakan pengunjung perlu memastikan penjarakan sosial walaupun dalam kawasan hutan.
Menginap Di Homestay dan Sewa Bilik
Memilih menginap di homestay atau sewa bilik ‘Airbnb’ lebih selamat dari segi kebersihan dan penjarakan sosial. Homestay dan bilik sewa kurang jumlah penghuni, tidak ramai pengunjung dan kebersihan lebih mudah dijaga.
Kebersihan Diutamakan
Bukan sahaja di tempat penginapan yang memerlukan penjagaan kebersihan yang ketat malah setiap premis perniagaan menyediakan cecair pembasmi kuman dan QR kod. Pihak hotel juga akan mengamalkan kaedah daftar masuk atas talian atau melalui aplikasi telefon bimbit. Cara ini akan mengurangkan kadar sentuhan dan berhubung secara fizikal dengan orang ramai.