5 Sebab Kenapa Pulau Jeju Jadi Tarikan Pelancong );

Type to search

Asia Backpackerz

5 Sebab Kenapa Pulau Jeju Jadi Tarikan Pelancong

Avatar
Share

Pulau Jeju merupakan antara kebanggaan masyarakat dan tarikan para pelancong apabila mereka ke negara Korea Selatan.

Lokasi dan kawasan lanskapnya sangat cantik disertakan cuaca yang panas tetapi terkenal.

5 sebab kenapa ia menjadi tarikan utama para pelancong ialah:

1. Gunung Hallasan

Gunung Hallasan merupakan antara gunung berapi yang tertinggi di Korea Selatan yang memliki ketinggian 1950.

Ia juga dikenali sebagai Gunung Yeongjusan yang membawa maksud gunung tinggi yang dapat menarik alam semesta @ galaksi.

Musim Dingin, Gunung Salju, Pulau Jeju

Keunikan gunung ini ialah kerana ia antara tempat tercantik di Korea Selatan dan mempunyai hampir 1800 jenis tanaman dan 4000 spesis haiwan yang bermukim di sana.

Keadaan gunung tersebut sangat sesuai bagi mereka yang suka berfotografi bersama keluarga mahupun rakan-rakan sebagai satu kenangan.

2. Air Terjun Chenjeyeon

Tidak lengkap sebuah pulau tanpa wujudnya tempat air terjun yang cantik.

Kawasan air terjun ini lebih dikenali sebagai tempat air terjun para dewa oleh masyarakat Korea Selatan.

Pulau Jeju Cheonjiyeon Waterfall

Ianya dianggap suci dan hanya boleh berenag ketika Festival Chiseonyeo pada bula Mei.

Kawasannya sangat cantik dan menggoda para pengunjung di sana kerana ia penuh dengan kehijauan dan kesegaran alam semula jadi.

3. Gua Mujanggul

Gua ini merupakan lorong lava yang terbesar dan terpanjang di dunia.

Ia terbentuk sejak 2,5 juta tahun yang lalu dimana kedalamannya mencapai 7,4 km panjang dan ketinggian mencecah 23 meter.

Pihak UNESCO telah menobatkan Gua Mujanggul sebagai satu Warisan Dunia.

white lights inside tunnel

4. Pantai Jungmun

Bercakap pasal pulau mesti tidak ketinggalan mengenai kewujudan pantai.

Keadaan Pantai Jungmun sangat cantik kerana ia disertakan pasir pantai yang halus, air laut yang kebiruan dan jernih serta bukit kelapa yang membuat pantai tersebut menarik.

Jungmun, Jeju, Ile, Korea Selatan

Anda boleh melakukan aktiviti mandi-manda dan bersenang di situ sambil menikmati keindahan pantai.

5. Olle Trail

Apabila anda datang ke Pulau Jeju, disarankan untuk anda lebih banyak berjalan kaki kerana pulau tersebut menyajikan anda sebuah ketenangan.

Sepanjang anda melalui Olle Trail anda pasti akan terkesima melihat bunga-bunga yang tumbuh di situ.

Ole, Olle Gill, Jeju, Pulau Jeju, Biru

Pastikan anda sentiasa menangkap gambar dan menyimpan segala memori apabila anda ke Pulau Jeju. Penduduknya juga amat peramah dan sentiasa menerima kehadiran para pengunjung yang datang.

Sumber: Buka Review

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!