5 Tempat Aktiviti Extreme Di Kuala Lumpur Dan Selangor );

Type to search

Backpackerz Feast Insider

5 Tempat Aktiviti Extreme Di Kuala Lumpur Dan Selangor

Ain Huda
Share

Boring juga setiap kali nak beriadah pergi shopping mall, taman atau zoo. Sebenarnya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor juga mempunyai tempat rekreasi yang menarik terutama yang ingin mencabar diri.

Apa kata cuba aktiviti lasak yang mencabar keberanian dan tahap adrenalin dengan melakukan perkara yang luar biasa. Mana tahu tiba-tiba anda ‘terjatuh cinta’ dengan aktiviti lasak. Jom tengok 5 tempat aktiviti lasak yang boleh anda cuba.

Mudtrekkerz, Shah Alam

Sesiapa yang sukakan aktiviti tembak-menembak sila ke Mudtrekkerz di SPK Shah Alam atau Carey Island. Lagi seronok pergi secara berkumpul dengan kawan-kawan. Mudtrekkerz Paintball Park ini juga pernah menganjurkan beberapa Kelab Sukan Paintball yang sudah didaftar dengan Majlis Sukan Malaysia. So, kelengkapan dan keselamatan mesti dijaga rapi. Cubalah rasai pengalaman berperang di lapangan bunker MTZ!

Maklumat lanjut Mudtrekkerz

Paragliding Bukit Jugra

Cuba paragliding di Bukit Jugra atau Kuala Kubu Bharu. Terbang tinggi di udara melihat pemandangan dari atas seperti burung. Jangan risau anda tidak akan terbang berseorangan, anda akan ditemani oleh pilot yang mempunyai lesen dan insurans. Mereka juga sediakan aktiviti bungee jump. Fuh! Semua aktiviti udara, siapa nak mencabar diri dari gayat boleh cuba.

Maklumat lanjut Paragliding Bukit Jugra

Jump Street Indoor Trampoline Park, Petaling Jaya

Walaupun lokasi di tempat tertutup tetapi aktiviti di sini mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan. Anda boleh melompat sepanjang masa di Jump Street Trampoline yang mempunyai keluasan hampir 10,000 kaki persegi. Selain itu mereka menyediakan gelanggang Dodgeball, gelanggang bola keranjang Slam Dunk, Giant Air Bag, The Cage untuk kanak-kanak dan kafe.

Maklumat lanjut Jump Street

Gua Damai Extreme Park, Batu Caves

Aktiviti luar eko-rekreasi memang sesuai kepada penggemar aktiviti lasak. Gua Damai menyediakan aktiviti seperti trekking, abseiling, rock climbing, tree climbing, berjalan dalam gua, zip line dan rope management. Setiap aktiviti mempunyai pakej mengikut tahap ketahanan anda.

Maklumat lanjut Gua Damai Extreme Park

Camp5 Climbing, Kuala Lumpur

Camp5 menawarkan aktiviti rock climbing. Kepada beginner ada team profesional yang akan mengajar dari awal hingga berjaya sampai ke puncak. Mereka juga akan menjaga keselamatan anda. Untuk yang pertama kali ingin mencuba, boleh daftar di Basic Wall Course dan jika mampu, teruskan ke peringkat seterusnya!

Maklumat lanjut Camp5

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!