First time datang ke Kelantan? Singgah 5 Tempat Makan Best di Kota Bharu - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Feast Kampung Makan-Makan Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

First time datang ke Kelantan? Singgah 5 Tempat Makan Best di Kota Bharu

Avatar
Share
Kota bharu

Malaysia cukup terkenal dengan lokasi makanan tempatan yang menyelerakan dan menjadi pilihan semua peringkat umur tidak kira pelancong luar mahupun pengunjung domestik.

Tidak hairan menjelang hujung minggu, tempat-tempat makan yang popular padat dengan pengunjung luar yang ingin menikmati keenakan makanan yang disediakan.

Kelantan (Kota Bharu), Pulau Pinang (Georgetown) dan Melaka (Bandar Hilir) sering menjadi destinasi tumpuan buru makanan bermula sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

Kota bharu
Menu pagi di Kopitiam Kita, Kota Bharu

Ramai orang kalau melancong ke mana-mana lokasi dalam Malaysia, pasti akan buka Google untuk cari tempat makan sedap di lokasi yang dikunjungi.  

Sesetengah hidangan selera Kelantan memang unik pada rasa dan suasana makan yang memikat hati. dari pagi sampai ke malam ada sahaja makanan boleh dinikmati.

Penulis cukup suka hidangan tengahari di Restoran Ulam Raja Cikgu dan roti bakar Ayang di Ayang Cafe, terletak sekitar Kota Bharu.

Awal Julai lalu, BackPackerz berkesempatan mengikuti trip Ekspresi Media Kelantan 2020 anjuran Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia untuk pengalaman experiential tourism.

Bagusnya program ini adalah lawatan suai kenal secara interaktif benar-benar membuka mata penulis tentang kekuatan gastronomi negeri ini.

Salah satu keunikkan yang penulis perasan bila sarapan pagi di Kota Bharu adalah tuan kedai akan himpun segala juadah makanan sampai pelanggan rambang mata. Ibarat one stop center for breakfast.

Jadi untuk anda yang merancang percutian hujung minggu ke Kelantan, BackPackerz kongsikan antara tempat makan ‘sedap blako’ yang mesti anda singgah. 

Kota bharu
Teh tarik madu berbuih

1 – Warung Pak Mat “Teh Madu” Padu

Port makanan ini terletak di Pulau Pisang, pinggir Sungai Kelantan. Uniknya warung ini adalah dari segi penyediaan resipi minuman yang cukup popular iaitu, teh tarik ais madu dengan buihnya seolah mengeluarkan laharnya daripada gunung berapi.

Dahulu Pak Mat hanya meniaga di depan rumahnya. Pengunjung sanggup bersesak datang untuk menikmati sup kepala ikan dan teh tarik madunya.

Kerabat DiRaja Kelantan pun pernah datang makan di sini. Tourism Malaysia Kelantan menawarkan lokasi lebih baik untuk merancakkan lagi ekonomi tempatan dan menadji salah satu tarikan pelancong ke sini.

Hingga ke hari ini, teh madu air tangan Pak Mat berjaya meniti di bibir pelanggan dari dalam mahupun luar Kota Bharu. Sting aku yahoo!

Alamat: Warung Pak Mat Pulau Pisang, Jalan Kuala Besar, Kota Bharu

Kota bharu
Pak Mat bersama teh tarik madu
Kota bharu
Resipi sejak 15 tahun turun temurun
Kota bharu
Ruang makan yang selesa & luas

2 – Ayang Cafe ‘Roti Ayang Telor’

Lokasi sarapan pagi terakhir penulis di Kota Bharu. Bila pertama kali sampai ke sini, penulis cukup terkejut seawal jam 8.30 pagi orang ramai dah berkerumun beramai-ramai di depan pintu masuk kafe ini untuk memilih sajian pagi.

Memang rambang mata dibuatnya! Bayangkan lah terdapat berpuluh jenis juadah yang dijual di sini antaranya roti bakar ayang, aneka nasi dagang, nasi berlauk, laksam, nasi tumpang, nasi kerabu dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Kelantan.

Suasana sarapan pagi di Ayang Cafe memang seronok ala-ala kopitiam. Walaupun agak padat dengan pengunjung lain, meja sentiasa ada dan makanan tak pernah habis.

Kalau jenis yang nak diet tu, penulis sarankan baik anda lupakan. Semua makanan di Ayang Cafe memang sedap dan menyelerakan, rugi kalau tak tambah.

Alamat: Ayang Cafe, No 4652, Jalan Masjid Langgar, Kampung Langgar, Kota Bharu

Kota bharu
Media bergambar di depan Ayang Cafe
Kota bharu
Roti bakar Ayang
Kota bharu
Nasi dagang udang guys

3. Kopitiam Kita

Siapa terfikir bahawa telur separuh masak dan jem kaya disapu pada roti toast Perancis hidangan pelik? Tetapi kombinasi itu anda boleh cuba di Kopitiam Kita. Semestinya ramai ‘oghe Kelate’ dan biasa sarapan pagi atau break lunch di sini.

Kopitiam Kita terkenal dengan sajian pagi seperti roti titab, nasi lemak, nasi air dingin, nasi tumpang dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Kelantan.

Suasana pagi di Kopitiam Kita ini cukup majmuk dan berbilang bangsa seolah sebuah keluarga besar yang harmoni. Roti Titab merupakan menu istimewa cetusan pemilik kopitiam iaitu N.H.Wong.

Alamat: 4357-A Taman Desa Jaya Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu

Kota bharu
Roti Titab
Kota bharu
Kopitiam Kita
Kota bharu
Menu lain di Kopitiam Kita

4. Restoran Ikan Bakar Kukup

Buat peminat ikan bakar dan ABC boleh datang ke Restoran Ikan Bakar Kukup.  Masakan panas, selera barat (western) dan snek ringan turut disediakan.

Restoran ini terkenal dengan pulut ikan bakar yang unik dan sedap. Lagi sedap jika pulut dengan parutan kelapa bersama dengan ikan bakar dicicah dengan kuah kicap cili.

Hidangan ringkas ini cukup menyelerakan, ditambah dengan menu sampingan seperti ikan goreng atau ikan bakar yang ranggup. Jangan lupa pesan ABC 4 Colour, cukup lemak manis dan berkrim.

Tempat makan ini menyediakan lot parking kereta, mengambil tempahan, pelanggan boleh walk-in dan sesuai untuk makan besar kumpulan ataupun grup. 

Alamat: Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Kota bharu
Restoran Ikan Bakar Kukup
Kota bharu
Kerabu Maggi
Kota bharu
Kerabu Kerang

5. Restoran Nasi Ulam Cikgu

Semua orang Kota Bharu cukup sinonim dengan persekitaran restoran ini kerana dahulunya kawasan tersebut merupakan tapak tinggalan istana diraja Kelantan.

Bagi penduduk Kelantan, restoran Nasi Ulam Cikgu atau Nasi Ulam Kraftangan ini memang tidak asing lagi. Ia sangat terkenal dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid. Lokasinya strategik iaitu berdekatan dengan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra di dalam Kampung Kraftangan.

Keunikan kedai ini adalah jenis ulam-ulaman dengan dengan menu istimewa seperti ikan keli goreng berempah dan gulai darat, asam pedas ikan patin dan jelawat, gulai telur itik, kerabu betik serta sup ayam kampong.  

Restoran Nasi Ulam Cikgu juga menyajikan budu asli negeri Kelantan yang pekat dan rasa ‘kaw’. Konsep layan diri membolehkan pelanggan bebas memilih lauk pauk bersama ulam-ulaman yang segar.

Trivia – Tahukah anda di Kota Bharu pun ada Kampung Pelangi? Deretan rumah kampung berwarna-warni ini terletak di persisiran Sungai Kelatan, kira-kira 2 kilometer dari Restoran Nasi Ulam Cikgu.

Alamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Kota bharu
Hidangan istimewa
Kota bharu
Kampung Pelangi
Kota bharu
Ulam-ulaman
Kota bharu
Media makan beramai-ramai di Restoran Ulam Cikgu/FOTO - Projek Travel

Ini dinamakan lain tempat, lain budaya. Kalau sarapan di Lembah Klang misalnya, menu yang ditawarkan hampir sama setiap hari – nasi lemak, bihun goreng, roti canai, kuew tiow dan kuih-muih.

Selain memiliki tarikan ekopelancongan mengujakan, negeri Cik Siti Wan Kembang ini mampu menarik kunjungan pelancong luar melalui segmen makanan (gastronomi).

Setelah lima hari mendekati negeri ini, penulis akui Kelantan cukup setia memperkasakan warisan kebudayaan makanan tempatan dengan gaya tersendiri.

Biarpun trend masa kini lebih memberi tumpuan ke arah makanan olahan barat, kafe-kafe selera western dan Korea, kekuatan makanan Kelantan sukar dinafikan.

Kelantan juga menjadi buah mulut buat pelancong domestik yang menggelarnya syurga makanan tradisional dengan citarasa autentik, menepati selera rakyat Malaysia, tidak kira tempatan mahupun pengunjung luar.

Berleter panjang pun tak guna, anda semua kena datang dan rasai sendiri kenikmatan makanan sekitar Kota Bharu.

Sekiranya anda terlepas, Pasar Terapung Pulau Suri merupakan floating market pertama di Malaysia – baca di sini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!