5 'Travel Apps' Bantu Mudahkan Percutian Anda Di Malaysia & Luar Negara Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Apps Insider Visit Malaysia 2020

5 ‘Travel Apps’ Bantu Mudahkan Percutian Anda Di Malaysia & Luar Negara

Share
  • Bukan apa, walaupun anda telah melakukan persediaan rapi sebelum memulakan perjalanan ke destinasi yang dituju, pasti ada beberapa perkara yang anda terlepas pandang.
  • Dengan kewujudan aplikasi pilihan kami ini, ia akan membantu memaksimumkan kecekapan perjalanan, atur cara/itinerari, aktiviti, pergerakan serta kos percutian itu.
  • Maklumlah, kita bukan selalu berpeluang dapat melancong, oleh itu bantuan aplikasi di hujung jari ini akan memudahkan percutian anda dari pelbagai aspek.

Bakal melancong tidak lama lagi? Nah, kami mengesyorkan anda memuat turun aplikasi perjalanan ini untuk membantu melancarkan rancangan percutian, sama ada di luar negara atau dalam Malaysia. 

"Travel makes one modest. You see what a tiny place you occupy in the world.”

1- KKday (Your Holiday Expert)

Sama seperti kebanyakan online travel agent  (OTA), KKday membolehkan and menemui aktiviti perjalanan serta tawaran eksklusif. Pengalaman percutian yang sah adalah kepuasan perjalanan, KKday telah mengumpulkan lebih dari 6 ribu tawaran tempatan istimewa di seluruh dunia.

Apapun, sebaiknya anda menyemak aplikasi perjalanan lain untuk membandingkan tawaran harga.

KKday

2- Merchantrade Money (Currency & e-wallet)

Aplikasi ini merupakan pilihan yang bijak bertindak sebagai ‘pakar kewangan’ untuk menguruskan wang anda dengan lebih baik di mana saja di dunia. Menariknya, Merchantrade Asia menawarkan physical currency dengan kadar tukaran wang asing yang kompetitif

Khusus untuk bleisure (business traveler) dan frequent traveler, anda boleh dapatkan Merchantrade Multi Currency Card, satu kemudahan terkini bagi sesiapa yang inginkan pengembaraan tanpa membawa wang perbelanjaan yang banyak.

Semua rangkaian perniagaan yang menggunakan visa prepaid boleh diakses menggunakan merchantrade card ini. Korang hanya perlu muat turun aplikasi e wallet ini kemudian topup menggunakan online banking dimana sahaja. Tidak perlu risau lagi tentang isu wang saku tercicir semasa bercuti, ditipu, scammer, baki wang palsu dan sebagainya. Pembelian boleh dilakukan pada 20 jenis matawang asing.

Merchantrade Money app & multi currency card

3- XTVT Malaysia (Travel Malaysia Activity Guide)

Is barang baik! Aplikasi panduan pengembaraan PERCUMA untuk para pengguna telefon pintar. Kadang-kadang kita tidak mempunyai masa untuk buat carian dan tempahan pada masa yang sama.

Dengan kewujudan XTVT, aplikasi ini membantu anda memilih aktiviti, perjalanan, itinerari dan jenis pengembaraan mengikut citarasa serta bajet anda. XTVT menawarkan beratus cadangan aktiviti untuk anda lakukan sepanjang percutian dalam Malaysia. Ye, hanya percutian domestik sahaja. Sesekali melancong dalam negara apa salahnya, lagipun tahun depan kan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Aplikasi XTVT menawarkan sembilan segmen pelancongan popular iaitu pilihan aktiviti, senarai aktiviti, sajian tempatan, aktiviti air & pantai, mendaki, penerokaan gua, kebudayaan, taman-taman & trail dan aktiviti sampingan.

Discover Malaysia Like A Local” – Download XTVT sekarang di Apple App Store & Google Play.


Discover Malaysia Like A Local - XTVT
XTVT - Travel Malaysia Activity Guide
XTVT Race 2019 - Register now! Visit our FB BackPackerz & check pinned post

4- Moovit (Urban Mobility App Worldwide)

Tak perlu kusut untuk aturkan pengangkutan awam dengan semua pilihan transit tempatan anda menggunakan pengangkutan awam hanya dalam satu aplikasi – Moovit.

Dapatkan masa keretapi dan bas, peta, navigasi secara langsung dan jadual masa perjalanan nyata dengan mudah supaya anda boleh merancang perjalanan dengan yakin, paling penting menepati masa! 

Moovit app

5- PackPoint (Packing Bags For You)

Jika anda seorang yang selalu terlupa untuk mengemas sesuatu maka aplikasi ‘checklist’ perjalanan ini sedia membantu. Never forget your _______ again!

PackPoint berfungsi sebagai semakan senarai pembungkusan keperluan melancong percuma dan ‘packing planner’ untuk tempoh pengembaraan yang serius – tiga malam, seminggu mahupun sebulan. Ia membantu anda menyusun apa yang diperlukan mengikut hari, cuaca di destinasi dituju serta sebarang aktiviti/pengembaraan yang dirancang.

PackPoint travel packing
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!