Rancang Percutian ke Kelantan? Ini 6 Lokasi 'Best' & Bajet Anda Boleh Kunjungi - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider Itinerari Kampung Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Rancang Percutian ke Kelantan? Ini 6 Lokasi ‘Best’ & Bajet Anda Boleh Kunjungi

Avatar
Share

Negeri Cik Siti Wan Kembang, sebuah destinasi yang ‘puas’ untuk diteroka, lebih-lebih lagi kalau anda seorang peminat makanan tempatan!

Tetapi, Kelantan tidak hanya tertumpu kepada lokasi-lokasi menarik untuk ‘memburu’ makanan, banyak lagi produk pelancongan istimewa made in ‘Kelate’ only!

Pantai Irama, Bachok

Budaya ‘oghe Kelate’ ini cukup unik, anda boleh perasan keakraban sesebuah keluarga mahupun antara satu sama lain menggunakan dialek mereka sendiri.

Soal keramahan masyarakat setempat tidak perlu disangkal, ambo oyak, kawe jawab sajo!

Kunjungan anda ke Kelantan lebih mudah dengan senarai-senarai lokasi menarik mesti dilawati yang disediakan team BackPackerz kali ini. Jom kelik Kelate Smetar Deh!

Pasar Terapung Kelantan

1- Pasar Terapung Pulau Suri, Tumpat

Pasar terapung amat sinonim di Thailand namun tahukah anda Kelantan sudah pun ada tarikan floating market juga?

Hah, anda boleh merasai pengalaman tersebut di Kampung Pulau Suri, Tumpat. Setakat ini, Kelantan antara negeri terawal mengetengahkan tarikan ini.

Bukan hanya ada satu, tetapi dua iaitu Pengkalan Datu, Pengkala Chepa. Pasar terapung Kampung Suri dibuka setiap Sabtu bermula seawal jam 8 pagi hingga 3 petang.

Anda perlu menaiki bot di Jeti Kuala Besar, Kota Bharu dengan tambang RM2. Perjalanan mengambil masa 10 minit untuk ke Pasar Terapung Pulau Suri.

Foto - FB Hilmi Rahman
Foto - FB Hilmi Rahman

2- Kolam Air Panas Tok Bok, Machang

Lokasi ini umum diketahui penduduk sekitar Machang. Ia popular dengan tarikan kolam air panas semulajadi.

Jika anda penat dan inginkan terapi semulajadi, anda boleh datang ke Kolam Air Panas Tok Bok. Kawasannya dikelilingi kehijauan pokok-pokok dan sawah padi.

Tahap kepanasannya berbeza dengan kolam-kolam air panas lain yang terdapat di negeri Kelantan.

Tidak lupa juga, lokasi ini menyediakan kolam mandi yang berasingan untuk lelaki dan perempuan. Terdapat kemudahan untuk bersalin pakaian dan tandas awam.

Kolam Air Panas Tok Bok

View this post on Instagram

Atok2 bersiram

A post shared by Muhamat Sarbaini (@muhamatsarbaini) on

View this post on Instagram

Jalan ii hari raya

A post shared by makyehdbq (@makyehdbq) on

3- Masjid Muhammadi, Kota Bharu

Masjid ikonik di Kelantan ini telah dibina pada tahun 1867. Ia diperbuat daripada kayu namun masjid ini diubah kepada konkrit pada tahun 1922.

Ruang solat utama dihiasi dengan tiang Rom berukiran coklat indah gelap dan lubang udara sepanjang dinding memberikan pengudaraan semula jadi.

Masjid Muhammadi ini dapat menampung 2400 orang jemaah. Ia dianggap sebagai masjid ilmuwan kerana ramai para ulama besar Kelantan pernah mengajar di sini.

Sebelum ini dinamakan Masjid Besar Kota Bharu, ia telah dimasyhurkan dengan nama baru iaitu Masjid Muhammadi, sempena nama Sultan Muhammad IV.

Masjid Muhammadi
Masjid Muhammadi
Foto - FB Lensa Luqman

4- Jambatan Kereta Api Guillemard, Tanah Merah, Kelantan

Jambatan Keretapi Guillemard merupakan jambatan keretapi terpanjang di Malaysia. Dibina dalam tahun 1920 dan dibuka untuk lalulintas pada tahun 1924.

Jambatan ini merentasi Sungai Kelantan iaitu dari Paloh Rawa, Machang sehinggalah ke Kursial di Tanah Merah.

Jambatan mempunyai panjang kira-kira 609.6 meter ini pernah musnah diletupkan oleh tentera British untuk menghalang kemaraan tentera Jepun suatu ketika dahulu.

Nama ‘Guillemard’ diambil sempena gelaran Gabenor British ketika itu iaitu Sir Laurence Guillemard.

Foto - Saifulyazan Hj Ibrahim
Jambatan Kereta Api Guillemard
Sunset view

5- Pantai Irama Bachok

Pantai ini merupakan lokasi tumpuan penduduk daerah Bachok. Saban hari, destinasi santai ini sinonim dengan masyarakat Kelantan dan pengunjung luar.

Ia dianggap antara pantai tercantik di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Diberikan nama Pantai Irama kerana seketul batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut.

Pantai sepanjang dua kilometer ini sering dikunjungi pada hari minggu dan dijadikan tempat berkelah, BBQ, bermanda-mandi serta pesta tradisional.

Tips – Jangan lupa nikmati juadah makanan tradisional Kelantan yang unik antaranya nasi dagang, akok, laksam, sata, pulut panggang dan ikan celup tepung.

Pantai Irama Bachok
Foto - Twitter Nia Darmilla
Udang goreng tepung

6- Pantai Senok

Lokasi pantai yang tidak jauh dari bandar Bachok Kelantan ini membuatkan sesiapa terpesona menikmati keindahan rimbunan pokok rhu.

Fungsi pokok tersebut melindungi Pantai Senak daripada hakisan, namun ia turut menjadi tarikan pengunjung untuk bergambar.

Pantai Senok terletak di Kampung Tawang, Bachok dan kawasan ini mendapat jolokan Pulau Nami ‘Malaysia’.

Kawasan pantai yang damai, cantik dan sesuai untuk pengunjung mengadakan aktiviti perkelahan, BBQ, riadah dan sesi outdoor photo shoot.

Pantai Senok
Foto - Blog Nadzirahata
Foto - Blog Nadzirahata

Terdapat pelbagai program pelancongan menarik seperti karnival, festival, pameran, pertandingan, ekspedisi dan banyak lagi yang mempromosikan Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2020!

Sekiranya anda seorang pemburu makanan tempatan, apa kata singgah ke 5 port makan menarik sekitar Kota Bharu – baca di sini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!