6 Lokasi 'Hiking' & 'Trekking' Dengan Pemandangan Alam Indah di Selangor - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Hiking & Outdoor Tips Visit Malaysia 2020

6 Lokasi ‘Hiking’ & ‘Trekking’ Dengan Pemandangan Alam Indah di Selangor

Share
  • Tidak dapat dinafikan tanggapan segelintir ibu bapa yang menyifatkan aktiviti mendaki telalu ekstrem & bahaya.
  • Aktiviti luar seperti mendaki mampu memupuk kemesraan dan ikatan kekeluargaan dapat dipulihkan.
  • Orang ramai yang ingin mendaki gunung sekitar Selangor perlu mendapatkan permit daripada Jabatan Perhutan negeri. Rujuk link ini – Jabatan Perhutanan Selangor

Siapa cakap menetap di ‘hutan konkrit’ tidak berpeluang menghirup udara segar? Rajin atau malas sahaja yang menjadi ukuran.

Nikmatilah kehijauan flora dan fauna, hirup udara yang masih tidak tercemar sekaligus menguatkan otot tubuh serta mengeluarkan peluh lemak yang terkumpul.

"To walk in nature is to witness a thousand miracles" - FRIM, Kepong

Tanpa disedari angin bertiup sepoi di celah pepohon yang rimbun, menyuntik semangat untuk mengorak langkah pendakian menuju ke puncak.

Tidak perlu sampai ke Gunung Kinabalu untuk memulakan aktiviti pendakian, atur langkah kecil tempuhi trek dan denai mudah untuk mencari minat mendaki sekitar Selangor! #DiscoverSelangor

Broga Hill, Semenyih

1- Bukit Gasing

Bukit Gasing dikenali sebagai hutan simpan yang memisahkan bandar Petaling Jaya dari Kuala Lumpur dengan keluasan 100 hektar.

Bagi pendaki baru, Bukit Gasing sesuai dijadikan trek latihan sebelum memasang hasrat untuk pendakian yang lebih mencabar.

Bukit Gasing menjadi tumpuan warga bandar pada hujung minggu dan cuti umum. Oh, jangan lupa bergambar depan landmark Bukit Gasing iaitu di pintu masuk Hutan Pendidikan Bukit Gasing.

Foto - Friends of Bukit Gasing

2 – Bukit Botak

Bukit Botak terletak di Puncak Alam, kira-kira 30 minit perjalanan dari Shah Alam.

Trek Bukit Botak agak santai tapi bagi yang pertama kali berjinak untuk hiking, pastikan memakai kasut yang sesuai sebab ada trail mendaki yang sedikit mencabar.

Pendaki tak perlu risau tersesat untuk sampai ke puncak kerana sepanjang laluan ada diletakkan tanda arah sebagai navigasi. Awal perjalanan, anda akan terpesona dengan pemandangan ladang kepala sawit.

Kalau bercadang nak trekking sampai ke puncak, datang awal selepas subuh untuk elak cuaca panas. Jangan lupa untuk isi perut dulu! 

Bukit Botak, Puncak Alam
Foto - Nadzirahata
Kawasan lalang untuk bergambar. Foto - Nadzirahata

3 – Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

FRIM, Kepong menawarkan pengalaman kembali ke alam semula jadi dan masih kekal sebagai sebuah perkampungan Orang Asli lama.

Air terjun dan sungai yang mengalir menerusi hutan simpan ini menambahkan lagi suasana tenang dari kesibukan Kuala Lumpur.

Terdapat enam laluan trek hutan: Denai Keruing, Trek Rover, Denai Engkabang, Denai Sebasah, Denai Salleh dan laluan berjalan kaki Razak, semuanya akan membawa pelancong merentas hutan sekunder yang menakjubkan.

Laluan Kanopi yang terletak 30m di atas tanah, menawarkan sudut pandangan yang sempurna untuk memerhati burung dan tumbuhan kanopi tropika.

FRIM, Kepong
FRIM, Kepong

4 – Bukit Broga

Terletak di dalam hutan tropika yang subur, Broga Hill berada pada pinggir Titiwangsa Range, lokasi ini cukup popular dalam kalangan peminat aktiviti mendaki.

Berdiri pada ketinggian 400 meter, Bukit Broga di Semenyih menawarkan pemandangan cukup indah, terutama menjelang Subuh.  

Broga Hill juga dikenali sebagai Bukit Lalang oleh penduduk tempatan kerana rumput lalang mekar dengan banyak di puncak bukit.

Bukit Broga, Semenyih

View this post on Instagram

Sunrise at Broga hill #brogahill

A post shared by yk (@yk.dreamadventure) on

5 – Bukit Kutu

Destinasi kegemaran dalam kalangan pendaki beginner dan lasak, Bukit Kutu atau nama asalnya Treacher’s Hill menawarkan pendakian setinggi 1,053 meter yang terletak di Kuala Kubu Bharu.

Tempoh pendakian ke puncak mengambil masa antara tiga hingga lima jam mengikut kadar kelajuan seseorang pendaki. Tetapi tidak perlu sampai tergesa-gesa sehingga memenatkan diri, tapi janganlah sampai tertinggal jauh daripada kumpulan lain

Sebelum ini, terdapat ura-ura menukar nama Bukit Kutu kepada Gunung Kutu bagi menambah nilai komersial lokasi aktiviti sukan lasak di Selangor.

Kaki Bukit Kutu adalah lokasi persinggahan yang menenangkan kerana berpeluang dengar bunyi air mengalir di Sungai Chiling yang sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan perkelahan.

Sampai ke puncak, duduk seketika dan hayati pemandangan gunung ganang Banjaran Titiwangsa. Pengunjung boleh dapatkan permit RM5 seorang di pintu masuk kaki bukit.

Foto - Nadzirahata
Foto - Nadzirahata
Foto - Nadzirahata
Puncak Bukit Kutu. Foto - Haidhar Syazwan

6 – Gunung Nuang

Puncak dengan ketinggian 1,493 meter terletak di Taman Eko Rimba, Hutan Lipur Hulu Langat, Selangor.

Sejak Januari tahun lalu, Gunung Nuang ditutup daripada sebarang aktiviti pendakian oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Selain mendaki, pengunjung boleh menikmati pemandangan cantik di atas puncak terutama semasa matahari terbit dan terbenam. Terdapat juga sungai dan air terjun untuk anda berendam dan berkelah di hutan rekreasi ini.

  • 17 km dari Bandar Cheras
  • Terletak di dalam Hutan Simpan Hulu Langat
  • Merupakan jenis Hutan Dipterokarpa Bukit
  • Kemasukan : Dewasa RM 1.00, Kanak-kanak RM 0.50
  • Puncak Gunung Nuang adalah tertinggi di Selangor
Air terjun Gunung Nuang

View this post on Instagram

Menikmati keindahan alam

A post shared by Miya Iskanda (@miya_iskanda) on

Kepada para pengunjung, sukacita diingatkan untuk lebih bertanggungjawab ke atas alam semula jadi serta prihatin terhadap pendaki lain.

DO & DON’T

  • Jangan buang sampah merata-rata/sesuka hati
  • Elakkan pembakaran terbuka
  • Patuhi arahan yang sudah ditetapkan.
  • Jangan rosakkan ekosistem setempat
  • Peka dengan keadaan sekeliling.
  • Jangan rosakkan rentis (trek yang baru dibuat)

Jauh lebih baik mendaki bukit atau gunung daripada membiarkan anak-anak leka dengan dunia maya mahupun membiarkan kenalan membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah.

Teroka alam semulajadi, hayati keajaiban, lindungi keindahan flora fauna untuk generasi akan datang! #TahunMelawatMalaysia2020

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!