6 Tips 'Survive' Ketika Pengembaraan Jangka Masa Panjang & Perjalanan Jauh - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Insider Tips

6 Tips ‘Survive’ Ketika Pengembaraan Jangka Masa Panjang & Perjalanan Jauh

Share
  • Percutian dalam tempoh yang panjang mengajar individu lebih menghargai sesuatu daripada apa-apa sahaja.
  • Pengembaraan jangka masa panjang bakal mengubah persepsi & menunjukkan masih wujud manusia yang ramah serta suka membantu orang asing.
  • Perjalanan jauh sewaktu mengembara tidak dianggap membuang masa, itu momen berharga dalam diari seorang pengembara.

Pahit manis kehidupan adalah pengajaran terbaik untuk mendisplinkan seseorang agar menjadi manusia yang sentiasa berpijak dibumi yang nyata dan bersyukur.

Dalam konteks seorang ‘traveler’ mahupun ‘tourist’, mengembara pada satu tempoh panjang akan membuatkan diri lebih menghargai setiap pengalaman yang diperoleh sepanjang perjalanan. Baik atau tidak, itulah kenangan yang tidak ternilai.

Lake cruise, Zurich

Menyentuh mengenai percutian jangka masa panjang iaitu seminggu di Sabah atau 12 hari ke bandar Tokyo, mungkin tidak semuanya menjadi hari percutian terbaik anda, namun itulah keseimbangan perlu ditempuh sebelum pulang ke pangkuan keluarga atau negara asal.

Kadang-kadang anda tidak dapat mengelakkan hari perjalanan yang panjang dan membosankan, tambah pula kembara sendirian, tetapi anda boleh menyesuaikan diri serta melakukan yang terbaik dengan panduan ‘survive’ untuk percutian berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

Berikut adalah tips yang mungkin membantu menyuntik semangat untuk menempuh perjalanan/pengembaraan yang panjang;

Greet local people

1) Anggap orang asing/penduduk setempat ramah & mengalukan

Sewaktu mengembara untuk tempoh yang lama, jangan selitkan andaian yang negatif mahupun tanggapan buruk sebelum anda mengenali atau berkomunikasi dengan seseorang.

Tunjukkan rasa hormat, lemparkan senyuman dan tunggu reaksi seterusnya. Daripada situ an da akan dapat bezakan bahawa ragam serta penerimaan manusia berbeza, ada yang mengalukan dan tidak dinafikan ada yang malas ambil peduli.

Cuba mengambil pendekatan untuk mempelajari bahasa tempatan, seperti mengucapkan “terima kasih”, ia memberi kesan yang besar.

Kembara masa panjang bukan tentang diri sendiri sahaja

2) Tidak perlu berkejar awal pagi demi penerbangan murah

Memang betul, penerbangan tengah pagi ada kalanya tambang lebih murah. Tetapi bagi penulis, tiada apa-apa yang bermula lebih buruk daripada perlu bangun seawal 1-2 pagi dan bersedia untuk penerbangan pukul 3-4 pagi.

Pernah berlaku tiket penerbangan murah dan waktu awal pagi akan heret masa anda akibat tunda tanpa diduga. Lebih teruk lagi penyediaan pesawat yang tidak menyeluruh, krew kabin pun muka masam, suasana dalam kapal terbang sunyi atau makanan tak sedap.

Kadang-kadang, membayar lebih sedikit untuk masa dan penerbangan yang lebih baik akan bantu menceriakan mood percutian anda.

Tempah tiket awal dengan beli tiket awal pagi berbeza ye. Beli tiket awal boleh jimat banyak, tapi beli tiket masa awal-awal pagi badan yang penat dan terkejar-kejar. Tapi ia bergantung kepada individu, tips ini adalah subjektif.

Flight awal tapi tunda pun buang masa je

3) Dont get ‘hangry‘, pek makanan ringan perjalanan yang menyelerakan

Masalah sering terjadi sewaktu hari pengembaraan panjang adalah hanger (menjadi marah akibat kelaparan yang memuncak).

Sesetengah orang pasti akan terlepas sarapan pagi di hotel/hostel atau tidak punya waktu sesuai untuk makan dek kerana itinerari terlalu padat. Kadangkala semasa mengembara, waktu sarapan pagi boleh dianjak ke makan tengahari atau sebaliknya.

Oleh itu, sentiasa bungkus dan sediakan snek, biskut atau tidbits untuk dikunyah bagi mengelakkan emosi lapar menguasai diri serta merosakkan mood pengembaraan serta percutian yang panjang.

Perut lapar boleh ganggu mood bercuti

4) Pastikan jangkaan sentiasa seimbang & relevan

Perkara ini tidak mudah, kerana sebab kukuh anda menginap di sesebuah destinasi lebih masa adalah untuk membawa balik kenangan terindah, jadi anda letak expectation tinggi, seolah bayangan pulau indah menjadi paradise.

Tetapi, jangkaan dan harapan yang tinggi semasa pengembaraan adalah ‘resipi’ untuk kekecewaan. Elok anda rancang nak stay dan explore more, terus anda berubah plan lalu tempah tiket balik terus.

Long journey makes longer friendship

5) Jangan cepat bosan, hiburkan diri sendiri

Kalau anda naik pesawat, jangan bergantung pada in-flight entertainment sahaja. Kadang-kadang, tempoh penerbangan jarak jauh boleh membuatkan anda cepat rasa boring dan susah nak tidur macam orang lain.

Jadi, hiburkan diri dengan aktiviti bebas seperti membaca, menulis diari, mengarang pengalaman/puisi dan menyapa penumpang sebelah.

Kalau pengembaraan jangka panjang dan perjalanan menggunakan pengangkutan darat seperti train atau trem, tinjau keadaan sekeliling, tengok gelagat strangers, selain membaca novel serta mendengar playlist lagu kegemaran.

Not friends, not enemies, just strangers with some memories
Find your own entertainment

6) Kekal berhubung & berinteraksi 

Merancang percutian jangka masa panjang, pasti memeningkan terutama bagi mereka yang newbie atau kurang arif mengenai keperluan perjalanan. Segala persediaan asas seperti penginapan, insurans perjalanan dan mod pengangkutan perlu diutamakan.

Salah satu benda yang wajib semua pelancong atau pengembara perlu ada ialah sambungan data internet yang mencukupi. Susah pula kalau hanya bergantung kepada public WiFi atau WiFi percuma, lagi-lagi untuk percutian yang panjang.

Navigasi terbaik semasa bercuti adalah bertanya/berinteraksi dengan penduduk sekitar secara realiti tapi tidak boleh diabaikan juga bantuan dunia maya untuk info atau perkembangan terkini.

Selain itu, sudah tentu anda nak berhubung dengan keluarga, kenalan atau mengemas kini status di Facebook atau memuat naik koleksi gambar OOTD di beberapa negara Asia.

Travel = Instagram's feed
Hello1010 Super Asia SIM Card

Jadi, penulis nak kongsikan Travel Prepaid SIM Card untuk 21 buah negara yang ditawarkan oleh Hello1010.

Buat pengetahuan anda, Hello1010 merupakan Malaysia’s Largest Online Travel SIM Card Store yang tidak asing lagi. Bagi pengembara yang mahu kekal aktif dengan sambungan data semasa pengembaraan jangka panjang, kad SIM Super Asia adalah pilihan terbaik.

Apa yang boleh dapat dengan Kad SIM Super Asia (21 Countries)?

  • High speed 800 MB data refreshed daily*
  • Up to 4 G+ Speed
  • Valid for 10 days upon using
  • Data refresh and plan validity based on Malaysia Time +8 GMT
  • Support Hotspot
  • No registration required
  • Cannot Call & SMS
  • Cannot Top Up Credit
  • Purchase now SIM Card & Expiry 31st July 2020
  • ONLY RM 68
  • Usable in China, Japan, South Korea, Hong Kong, Macau, Taiwan, Australia, New Zealand, Malaysia, Singapore, Vietnam, Laos, Cambodia, Thailand, Indonesia, Myanmar, Philippines, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka & India**

Terma & kondisi

  • Speed capped at 256 kbps after daily 800 MB is used up
  • For India, it is not available in Diskit, Gulmarg, Jammu, Kargil, Kashmir, Katra, Leh , Plan Bandipora and Srinagar
  • Cannot support iPhone 6s and earlier iPhone models
  • SIM fits all phone
  • Use-able in Asia & Australia
  • Hello1010 Super Asia SIM Card
21 countries in 1 SIM card
Typical data usage overseas
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!