7 Cara Pelancongan Akan Berubah Selepas Pandemik - Verst Backpackerz );

Type to search

7 Cara Pelancongan Akan Berubah Selepas Pandemik

Backpackerz Insider

7 Cara Pelancongan Akan Berubah Selepas Pandemik

Farhana Syahirah
Share

Apabila kes koronavirus berterusan menyerang Malaysia, lapangan terbang antarabangsa – KLIA 1 dan KLIA 2, masih lagi ditutup dan semestinya, passport juga masih bersarang. Bilanya ia akan berakhir, kita masih lagi belum mengetahuinya.

Bukan di Malaysia sahaja yang terkesan malah satu dunia. Jadi, apakah akan terjadi dengan masa depan pelancongan?

Menurut Datuk Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, “Sebagai permulaan, kita mahu ia dibuktikan menerusi pelancongan domestik, yang mana dari kalangan kita sendiri, sama ada yang ada di sini hari ini atau di luar sana, harus memainkan peranan berganding bahu bersama-sama, menyemarakkan semula industri pelancongan negara, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi pada masa hadapan,” jelasnya dalam siaran media Jun yang lalu.

Komitmen dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedikit sebanyak merancakkan semula industri pelancongan domestik dalam meringankan beban penggiat industri pelancongan.

1. Kelestarian Menjadi Pendorong


Walaupun Covid-19 melanda, penggiat pelancongan akan mengandakan kelestarian . Pelancong akan mengambil peranan sebagai “warga yang prihatin” untuk demand polisi perjalanan yang bertanggugjawab.

Secara tak langsung pelancongan akan bertindak balas dengan langkah akttif untuk mengutamakan dunia ang lebih sihat daripada kautkan kenuntungan. Jadi, korang semua jangan terkejut jika Malaysia mengamalkan “Hari Bebas Kapal Terbang” atau langkah-langkah yang lain untuk mengendalikan perubahan iklim.

2. Perjalanan Menjadi Lebih Lancar


Kebanyakkan tempat rehat (RnR) di Malaysia sudah memenuhi keperluan pengguna dengan membuat SOP yang betul dan mengharapkan pelancongan domestik akan kembali rancak selepas pandemik.

3. Masyarakat Malaysia Main Peranan Penting


Korang as Malaysian memang sangat digalakkan untuk melancong dalam negara selagi mematuhi kawalan pergerakkan dan pelbagaikan lokasi yang jarang dikunjungi. Kita boleh fokus kepada tempat-tempat yang memang memerlukannya.

Mungkin korang boleh mencuba melawat Zoo Negara atau Muzium sebagai salah satu langkah sambil berjalan dan belajar. Secara tak langsung, dapat juga belajar macam mana untuk lebih cintakan alam sekitar dan haiwan.

4. Mula Mencari Kualiti Berbanding Kuantiti


Bagi mereka yang suka melancong dengan jarak yang jauh, selalunya mereka lebih banyak memikirkan aktiviti yang berkualiti dalam bucket-list dorang. Ini kerana, aktiviti berkualiti dapat bagi dorang kebebasan untuk meneroka dan bukan sekadar tempat tersebut viral di sosial media.

5. Ramai Akan Menggunakan Gear Tinggi di Road-trip


Bagi kebanyakan orang,perjalanan di atas jalan raya mungkin merupakan satu-satunya pilihan yang sesuai untuk berjalan sekarang, dan perjalanan kerap seperti Kuala Lumpur atau Subang Jaya juga semakin meningkat.

Memandu melintasi negeri sama menariknya dengan menaiki kapal terbang melintasi sempadan antarabangsa – semua ini tentang cara kita berfikir dari perspektif lain. Secara tak langsung, kita akan rasa pendedahan yang baru, rasa ingin tahu yang tinggi dan juga adventure untuk naikkan adrenalin.

6. Penasihat Pelancongan Akan Jadi Penting


Penulis juga meramalkan kemungkinan peralihan untuk menempah perjalanan melalui penasihat pelancongan akan menjadi rancak selepas pandemik, untuk bertanyakan pengetahuan tentang tempat pelancongan.

Apa yang telah kita belajar dari 2020 ini, insuran kewangan dan kesihatan memang penting kerana kita selalunya akan buat tempahan melalui ejen pelancongan melebihi daripada komisen. Kita pun mesti tidak mahu jadi mangsa penipuan seperti Macau Scam.

7. Lebih Menghargai Tinggal Dekat Dengan Ibu Bapa


Selalu kalau nak balik raya, mesti kena tempah tiket bas awal atau mula merancang perjalanan sebulan sebelum memandu. Tapi pandemik ini banyak mengajar kita bahawa kita kurang meluangkan masa dengan orang yang kita sayang.

Bila sudah bekerja dari rumah atau belajar tutorial dari YouTube untuk mengisi masa lapang, secara tak langsung kita dapat mengimbangkan masa untuk rumah dan kerja dengan lebih gembira. Hubungan jadi lebih erat, kerja juga makin produktif.

Atau jika tinggal di tempat yang berdekatan dengan tempat kerja, jalan kaki pun sudah memadai untuk jimat minyak kenderaan korang. Sambil bersenam pun dah boleh menyihatkan badan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!