Group di Facebook Khas Untuk Pengembara Dan Aktiviti Lasak.

Type to search

Backpackerz Feast Insider

7 Group Facebook Buat Pengembara & Kaki Outdoor, Last Sekali Wajib Follow

Share

Perasan tak, dah makin ramai orang buat travel sebagai salah satu hobi. Selain dapat bercuti, dapat tengok dunia dan pengalaman baru sebenarnya travel mengajar kita menjadi seorang yang lebih terbuka, berilmu dan yang penting dapat tambah ramai kawan. Seronok, kan?

Siapa yang suka travel, korang patut follow group dan page ini di Facebook untuk mencari lokasi menarik, informasi, panduan, travel buddy dan join aktiviti lasak seperti hiking serta trekking. Serius tak rugi!

Hiking & Camping Around Malaysia

Group Hiking & Camping Around Malaysia ini public saja, sesiapa yang nak follow pun boleh atau nak tengok maklumat sahaja pun dialu-alukan. Seramai 314.6k ahli group ini yang bermurah hati share maklumat mendaki dan camping. Ambil gambar cantik-cantik dan share gambar pemandangan hiking dan camping korang.

Adventure Touring Malaysia (ATM)

Cogan kata group ini ‘Sumber Informasi Kembara Anda’, mempunyai 75.9k ahli. Group ini bukan mewakili NGO. AtM adalah group yang menggabungkan semua kelab kembara untuk berkongsi maklumat kembara tidak kira berkumpulan atau solo, dalam negara atau luar negara. Ia juga untuk mereka yang sukakan travel secara backpacking, berbasikal, motosikal, kereta, van, 4wd. Ada beberapa syarat untuk join group ini, baca dan fahamkan. Selain itu, dalam group boleh promote event kembara. Jika nak iklankan perniagaan, boleh join AtM Niaga.

Malaysian Backpackers Club (MBC)

Ditubuhkan pada 2009 dan sehingga kini mempunyai 71.6k ahli. Kepada yang suka travel boleh join group ini sebab banyak maklumat yang korang boleh dapat. Ramai juga yang berkongsi maklumat perjalanan, tips atau petua, perbincangan perjalanan dan aktiviti di group MBC ini. Tetapi ahli group tidak boleh mengikankan apa-apa. Group MBC ini juga mengingatkan bahawa tujuan group ini diadakan hanya berkongsi maklumat dan tidak bertanggungjawab jika mempunyai kesalahan maklumat yang dikongsikan.

Travel Buddies Malaysia

33.3k ahli dalam group Travel Buddies Malaysia sejak 2013. Sesiapa yang suka travel tapi takut nak travel solo, boleh pergi group ini untuk mencari partner travel. Dalam group ini juga bukan sahaja cari teman travel tapi cari ‘geng’ mendaki dan suka aktiviti lasak secara berkumpulan. Tak rugi join group ini, boleh cari kawan baru.

Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Di Facebbok Backpackers Buddies Malaysia (BBM) mempunyai pengikut seramai 78,536. Group BBM ini menjemput sesiapa yang suka menggembara dan melakukan aktiviti lasak termasuk menyusuri laut, mendaki gunung, kembara secara berkumpulan atau solo, berbasikal dan berkongsi cerita. Group BBM berkongsi informasi dalam dan luar negara. Ia juga bukan pertubuhan atau NGO tetapi lebih kepada berkongsi ilmu. We Travel, We Share The Stories.

Kaki Travel Malaysia

Seperti group yang lain, Kaki Travel Malaysia adalah lubuk mencari maklumat pengembaraan tidak kira sebagai backpacker atau pelancong biasa. Anda boleh kongsikan apa sahaja pengalaman, tips penggembaraan dan gambar. Pengikut group Kaki Travel Malaysia adalah 75.2k.

BackPackerz

Eh, jangan lupa follow pages Backpackerz juga tau! BackPackerz padat dengan informasi dan inspirasi untuk menjelajah dunia. Di sini juga berkongsi mengenai budaya, pengalaman adventure dan makanan lokal. BackPackerz juga menerbitkan majalah, The Ultimate Travel Magazine yang menceritakan kisah dunia pengembaraan dan percutian merentasi dunia. Kini, BackPackerz lebih aktif dengan perkongsian itinerari, aktiviti, berita dan tip pengembaraan menerusi Verst.com.my/BackPackerz. Page ini mempunyai 544,822 pengikut. Jangan lupa ikuti kami di  Instagram dan Twitter

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!