Dalam Malaysia banyak tempat luar biasa dan unik );

Type to search

Backpackerz Insider

7 Tempat Percutian Luar Biasa Dalam Negara

Share

Tak perlu jauh-jauh untuk rehat melapangkan fikiran. Di Malaysia banyak tempat luar biasa dan unik untuk dapat pengalaman baru.

Tinggalkan passport anda dan terokai Malaysia yang kaya dengan tempat percutian menarik. Inilah masanya untuk kita kenali lebih dekat negara Malaysia.


Classic Malay House, Kuala Lumpur

Percaya tak di tengah-tengah bandar raya yang sesak ada rumah tradisional Melayu. Tempat paling mudah dan dekat dengan pengangkutan awam. Bercuti di Jalan Datok Keramat sahaja. Rumah tradisional ini memuatkan dua hingga empat orang yang selesa dan reka bentuk dalaman penuh dengan kemelayuan.

Maklumat lanjut : Classic Malay House

Tadom Hill Resort, Selangor

Percutian rileks dan berkonsepkan rumah Orang Asli Temuan. Penginapan yang diperbuat daripada buluh menyerlahkan lagi pengalaman istimewa ini. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini antaranya mandi-manda, terjun tarzan, rakit buluh, ATV, flying fox dan aktiviti kanak-kanak juga disediakan.

Maklumat lanjut : Tadom Hill Resort

Malihom Retreat, Pulau Pinang

Kalau pergi Pulau Pinang, mesti jalan-jalan cari makan, cari spot bergambar untuk Instagram dan tepi pantai. Lepas penat merayap, cuba berehat di Malihom Retreat. Pemandangan yang dipenuhi dengan padi menyegarkan mata dan fikiran. Konsep penginapan kontemporari dan hiasan daripada kayu jati membuatkan percutian anda terasa mewah.

Maklumat lanjut : Malihom Retreat

Seaventure The Rig, Sabah

Perhatian kepada penyelam. Anda boleh merasai pengalaman bercuti di atas pelantar. Pengalaman yang berbeza daripada resort biasa. Selain daripada menyelam melihat kehidupan laut, aktiviti seperti pergi ke Pulau Mabul, melihat matahari terbenam dan permainan dalaman juga disediakan.

Maklumat lanjut : Seaventure The Rig

Glamz At Genting, Pahang

Siapa suka stargazing, langit dan cakerawala tempat percutian paling ‘ngam’ anda bercuti adalah di Glamz At Genting. Glamping bermaksud berkhemah penuh bergaya sambil menikmati suasana malam yang damai. Dikatakan sebagai ‘pondok milenium’ yang menemukan keindahan semula jadi dengan cara yang berbeza.

Maklumat lanjut : Glamz At Genting

Chengal Hill Retreat, Pahang

Reka bentuk penginapan yang unik menarik perhatian pelancong. Kawasan yang dikelilingi flora dan fauna menjanjikan ketenangan dan udara yang segar. Mempunyai sungai air terjun untuk memenuhi masa lapang.

Maklumat lanjut : Chengal Hill Retreat

Sailor’s Rest Resort, Pahang

Bermalam dalam Houseboat yang memuatkan dua orang memberi penglaman baru. Houseboat ini turut menyediakan kemudahan bilik tidur, tandas dan tempat berehat persendirian.

Maklumat lanjut : Sailor’s Rest Resort

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!