9 Tanda Mabuk Laut Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Ke Laut );

Type to search

Backpackerz Hiking & Outdoor Tips

9 Tanda Mabuk Laut Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Ke Tengah Laut

Share

Suka naik bot, naik feri tapi korang sejenis yang mabuk laut. Memang seronok bercuti tengan laut, menikmati keindahan yang terbentang luas dan sejuk mata memandang hingga ke hujung laut.

Tapi lama-kelamaan makin hilang keindahan alam semula jadi dan digantikan dengan pening-pening mabuk laut. Potong mood betul!

BACA JUGA: Jepun Cipta ‘Hi Toilet’, Teknologi Kawal Guna Suara

Mabuk laut ini disebabkan badan korang tak dapat menerima keadaan sekeliling. Sesetengah orang tidak teruk, ada juga yang sampai muntah-muntah. Untuk hilangkan mabuk laut, korang boleh tidur sahaja hingga sampai ke destinasi. Jom tengok apakah tanda-tanda mabuk laut!

Untuk elakkan mabuk laut, sebelum memulakan perjalanan korang ke tengah laut tidak kira untuk snorkeling, memancing, naik bot atau feri pastikan buat persediaan awal. Kalau perlu bawa ubat atau makanan yang boleh mengurangkan rasa mabuk laut.

Pucat

Pada awal perjalanan, mungkin tiada apa yang berlaku dan semua keadaan terkawal. Peka dengan orang sekeliling, jika ternampak rakan atau ahli keluarga mula menunjukkan perubahan muka semakin pucat, bagitahu mereka dengan kadar segera. Minta dia tidur untuk elakkan daripada pening atau muntah.

Pening

Jangan dilayan pening-pening ketika mabuk laut kerana akan menyebabkan rasa mual dan loya semakin teruk.

Air Liur Jadi Banyak

Terasa air liur semakin banyak walaupun tidak berlaku tetapi korang kerap meludah.

Keluar Peluh Sejuk

Terasa badan keluarkan peluh sejuk. Badan korang mungkin tidak selesa dengan keadaan sekeliling menyebabkan simpton ini terjadi. Berehatlah untuk mengelakkan mabuk laut korang semakin teruk.

Sesak Nafas

Tidak cukup nafas, nafas jadi pendek dan cepat. Walaupun korang atas bot terbuka, korang akan rasa seperti tidak cukup udara untuk bernafas

Terlalu Mengantuk

Mengantuk. Walaupun sudah tidur dengan cukup, disebabkan korang tak tahan dengan mabuk laut, rasa mengantuk seperti tidak tidur seharian. Apa-apa pun, lebih baik korang tidur untuk kurangkan rasa mabuk laut tersebut.

Sakit Kepala

Bukan sakit kepala yang biasa tapi sakit kepala yang melampau. Ini adalah petanda korang mengalami mabuk laut yang teruk.

Muntah

Muntah adalah tanda yang paling teruk. Mabuk laut mempunyai dua jenis, sama ada korang akan pulih atau mabuk laut korang akan menjadi lebih teruk. Muntah berulang kali adalah perkara yang paling tidak digemari. Dan muntah-muntah adalah perkara yang paling tidak disukai untuk kaki pancing!

[Sumber: Umpan]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!